Menelusuri jalan-jalan ini Jalan penuh duka Dengan warna hitam yang samar Melihat jiwa-jiwa yang hidup Mati hati nularinya Melihat anak ayam Samar paras wajahnya Berkilau warna bulunya Melilau bersama ibunya Yang sebaya tuanya.
Di jalan ini juga Sang serigala menyeringai gigi Mengelilingi ibu dan anak ayam Sengihnya menampak taring Mahu membaham anak ayam Meraba laba di kocek Umpan si ayam Mungkin tidak kecukupan Membayar mahar kepada ibunya Duduk diam dia Menghidu bau longkang.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg