Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Sepi Ramadan

May 10, 2020 | 05:30 AM

Jauh nan berbeza

RamadanMu kali ini

Dikau hadir di bentala Corona

Senyap, hening dan sunyi

Tiada beduk menyambut

Berduyun seragam putih bertasbih

Hanya intaian takut mencerut

Di balik tabir takbir nan sedih

Bukan lalai bukan alpa

Sayu bumi hati ini

Aneh akal teruja

Beginikah murka Ilahi

Bukan lalai bukan alpa

Rimpung sungguh kudrat ini

Terhalang berjemaah mesra

Beriktikaf di rumahMu yang suci

Walaupun langkah disukat

Namun zikir bibir melekat

Walaupun nikmat tersekat

Namun roh Ramadan mari dipertingkat

Seri cahayanya

Bukan setakat di anjung mimbar

Murni lenteranya

Biar hebat berbumbung istighfar

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >