Dari tingkat 16, seraut jendela mengintip malam. cuba menggapai cahaya purnama mencuri senyala kerdip lelampu di sepanjang jalan raya tegak diam menyuluh sedikit terang, sedang banyak dengkur asyik bermain mimpi seraut jendela terus terbuka. demi malam; mencari celik di awangan sepi. hanya ketemu serpihan cahaya: suram
NOOR AISYA BUANG


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg