Topic followed successfully
Go to BHkuSerombong Tua
serombong tua di muncung geladak tak pernah mengaku jelaga maksyuk dihembus masuk paru-paru kapal sehingga para kelasi terbatuk fikirnya, "aku pelincir tenggorok, kalau dibadai mabuk, kuhalau kantuk.'' selerak saki-baki habuk dikutip buat cukai ditaksir pegawai agar ditunai lorong-lorong asfalt dan sekolah-sekolah tinggi menara mewah dan kilang-kilang plastik dijenterai minyak temulang digerudi bertahun kurun tamadun disayapkan jejeran berjuta roda getah sesaklah urat selirat kota dengan kepulan karbon bangkit melangit hujan hitam mula memanah bumi ketuhar titisan racun sehingga serata jelata lemas tercungap, mual dan terbatuk-batuk jua fikir mereka, "ini semua salah serombong tua, tak pernah mengaku jelaga maksyuk membakar rakyat dibara barah.'' kini kempen iklan ditaja kemudi industri dulu menampal slogan di papan sepanduk liga bola dan muka depan majalah siaran hiburan dan gelak ketawa tegas mereka, "serombong mesti dibasmi! tetapi tetap perlu diganti terobong versi terkini.''
serombong tua bersauh di pulau jauh dikotakkan sempadan seperti seteru seronok menyedut angin dopamin mengucup keranda waktu


