Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

BAHASA, BUDAYA & WARISAN KITA

Siapa Raja Ali Haji

Sep 27, 2020 | 05:30 AM

RAJA Ali Haji atau nama penuhnya Raja Ali Haji bin Raja Ahmad lahir di Pulau Penyengat pada 1809 dan meninggal dunia pada 1870. Beliau yang juga dikenali dengan panggilan Engku Haji Tua berketurunan keluarga diraja Bugis. Bapanya Raja Ahmad merupakan pembesar Riau. Raja Ali Haji terkenal menerusi penghasilan karya penting alam Melayu seperti Bustan al-Katibin, Salasilah Melayu Bugis dan Sekalian Raja-Rajanya, Gurindam Dua Belas dan Tuhfat al-Nafis. Pada 5 November 2004, pemerintah Indonesia menobatkannya sebagai Pahlawan Negara atas bakti yang dicurahkan kepada rantau Nusantara. Pengkaji ternama Harimurti Kridalaksana merupakan tokoh yang bertanggungjawab memperkenal Kitab Pengetahuan Bahasa kepada dunia akademik pada 1983. Pada 2009, tokoh pengkaji Malaysia, Profesor Emeritus Hashim Haji Musa, merumuskan bahawa Raja Ali Haji cenderung menggunakan sistem bahasa Arab bagi menyusun sistem bahasa Melayu. Contohnya ialah bidang fonologi (sistem bunyi dalam bahasa), sintaksis (susunan kata dalam ayat) dan perkamusan. Hal ini demikian kerana Raja Ali Haji menerima pendidikan dalam tradisi keilmuan Arab-Islam pada zaman mudanya.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >