Topic followed successfully
Go to BHkuSimulasi Harapan
Premium
Simulasi Harapan
BERITA HARIAN/BERITA MINGGU dengan kerjasama Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC) mengetengahkan ruangan kreatif edisi khas khusus untuk penulis muda, terutama golongan pelajar. Ruangan ini, yang disiarkan pada Ahad pertama setiap bulan, bertujuan memupuk bakat penulis muda dalam bidang penulisan sastera dengan memberi mereka wadah berkongsi karya dengan khalayak ramai. Penulis muda digalakkan menghantar karya mereka untuk pertimbangan dalam ruangan ini.
May 3, 2026 | 5:30 AM
Simulasi Harapan
Tahun 2124.
Bumi, dahulu indah dengan hamparan hijau dan biru, kini telah menjadi gurun yang amat tandus. Hanya angin kering yang berbisik, membawa bersama debu-debu kekecewaan. Kehidupan kini berpegang pada seutas tali rapuh, dengan pemanasan global yang memusnahkan setiap tanda kehidupan.

