Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

 BAHASA, BUDAYA & WARISAN KITA

Singkap kenangan Geylang Serai, lestari warisan dalam buku

Jul 24, 2023 | 05:30 AM



Meskipun tidak menetap di sana, kawasan Geylang Serai tetap dianggap sebagai ‘kampung halamannya’.

Hampir setiap hari, Cik Dewani Abbas, akan berulang-alik dari rumahnya di kampung Kaki Bukit ke rumah nenek di Geylang Serai.

Terlalu banyak kenangan beliau sekeluarga di kedua-dua kawasan itu, yang telah meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, dan membentuk keperibadian beliau.

“Masa sekolah menengah dulu sekitar 1960-an, memang sering ulang-alik ke Geylang dengan arwah orang tua, naik beca pergi rumah nenek. Jadi memang membesar di kawasan itulah,” ujar Cik Dewani, mantan wartawan Berita Harian (BH).


Justeru, apabila diminta membukukan pengalaman serta pengamatannya mengenai kawasan tersebut, beliau langsung bersetuju demi menyumbang kepada usaha melestarikan warisan tempat bersejarah itu.

Cik Dewani telah menyumbang karyanya melalui dua buku; Geylang Serai: Gelanggang Perniagaan Orang Melayu (Business Arena of the Malays) dan Geylang Serai: Pancaran Budaya Melayu (The Beam of Malay Culture).


Kededua buku tersebut merupakan sebahagian daripada siri lima buku ‘Cerita@Geylang Serai’ yang dilancarkan dengan harapan “suara dan warisan” tempat bersejarah orang Melayu itu akan terus diperkatakan sepanjang masa.

Siri itu diterbitkan oleh Wisma Geylang Serai dan Seni dan Budaya Melayu Kreatif (CMAC) dan mengandungi kisah sejarah Geylang Serai, keistimewaan dan pengalaman yang telah membentuk kawasan itu serta keunikannya kepada perkembangan dan kemajuan Singapura.

Siri ‘Cerita@Geylang Serai’ tu bukan merupakan ‘tingkap’ bagi menjenguk ke dalam kehidupan, budaya dan sejarah yang menjadi nadi Geylang Serai.

Buku pertama Cik Dewani – Geylang Serai :Gelanggang Perniagaan Orang Melayu – menyingkap dunia perniagaan di kawasan itu yang menawarkan pelbagai produk, daripada makanan hingga ke pakaian dan alat muzik.


“Orang tua saya memang selalu pergi ke pasar Geylang, belanja di pasar basah, dan dapatkan macam-macam barangan keperluan di sana.

“Buku ini lebih bersikap menyeluruh, ia meneroka dunia perniagaan di Geylang Serai melalui watak nenek yang menceritakan tentang kawasan itu kepada cucunya,” ujarnya.

Buku keduanya, Geylang Serai: Pancaran Budaya Melayu, merupakan buku keempat dalam siri tersebut dan berkongsi tentang perkembangan budaya Melayu sepanjang zaman.


Menurut Cik Dewani, ia berdasarkan beberapa kajian seperti buku terdahulu mengenai Geylang Serai dan juga daripada laporan lalu di akhbar dan pengalaman peribadinya sendiri.

Menurutnya, buku tersebut penting demi mendedahkan keunikan Geylang Serai kepada golongan muda kerana ia merupakan pusat masyarakat Melayu yang terkenal dari segi cara hidup seperti warisan, budaya dan cara hidup kampung.

“Amat penting orang muda sedar tentang warisan kita, mengapa Geylang Serai menjadi tempat tumpuan orang Melayu pada masa itu, baik dari segi perniagaan, perumahan dan juga kegiatan sosiobudaya.

“Mereka perlu memahami mengapa mereka perlu pelihara warisan kawasan tersebut, meskipun dalam era kemodenan sekarang,” kata Cik Dewani, sambil menambah buku itu mudah dibaca oleh golongan muda dengan tulisan yang ringkas dan mudah difahami.

Buku itu boleh didapati di semua perpustakaan kejiranan, manakala Pusat Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan (MOE) pula akan mencetak 1,000 naskhah setiap tajuk untuk dikongsi dengan pelajar sekolah rendah dan menengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >