Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

IBADAH SG PTE LTD

Singkap makna mendalam dalam pengorbanan mengajar kepedulian sosial

Jun 16, 2023 | 05:30 AM



Dalam kehidupan ini, sering kali kita terjebak dalam kesibukan harian yang membuat kita terlalu fokus pada diri sendiri. Namun, tradisi ibadah korban dan akikah ini telah diamalkan berabad-abad lamanya. Acara korban ini dilaksanakan sebagai pengabdian manusia kepada Allah swt dan mengajar kita peri pentingnya tentang kepedulian sosial sesama manusia.

Demikian yang dikongsi pengasas IbadahSG Pte Ltd, Ustaz Firdaus Masruhen, tentang makna mendalam tradisi ibadah korban dan akikah. IbadahSG menawarkan tempahan ibadah korban di tiga negara iaitu Indonesia, Kemboja dan Arab Saudi.

Katanya, tujuan ibadah korban dan akikah pada setiap tahun adalah untuk memperkuat ikatan kerohanian, sosial, dan kemanusiaan. Ia mengajar umat manusia agar menghargai berkat yang kita terima kepada mereka yang kurang bernasib baik.

“Menerusi proses ibadah tersebut, kita menyaksikan kebahagiaan dan rasa syukur daripada mereka yang menerima daging korban dan hal ini memberi kita kesedaran akan betapa kecilnya pengorbanan kita dibandingkan dengan penghargaan yang kita dapat. Ibadah korban dan akikah juga memberi kita ilham untuk menerapkan prinsip berkorban dalam pelbagai aspek kehidupan kita. Misalnya, kita terdorong mengorbankan waktu, tenaga atau sumber daya kita untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Dengan melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan kemanusiaan, kita dapat kepuasan yang mendalam dan memberikan kesan positif kepada masyarakat di sekitar kita. Tindakan kepedulian sosial ini pula dapat memberi harapan kepada mereka yang terpinggir dan mengingatkan kita bahawa kita dapat membawa perubahan yang nyata dalam masyarakat kita,” jelas Ustaz Firdaus.

Justeru, menjelang Hari Raya Aidiladha ini, IbadahSG berharap umat Islam setempat mendapat ilham untuk melihat jauh di luar diri sendiri dan terdorong untuk berkorban demi kebaikan bersama dengan melakukan ibadah korban atau akikah.

Kata Ustaz Firdaus, ayat dalam kitab suci Al-Quran memberikan pengertian yang mendalam tentang makna berkorban. Salah satunya Surah Al-Hajj (ayat 37) yang bermaksud:


“Mereka itu tidak mencapai ketakwaan Allah dengan daging dan darah haiwan-haiwan itu, akan tetapi yang mencapai ketakwaan-Nya ialah takwa yang datang daripada hati.”

Ayat ini mengingatkan kita bahwa pengorbanan sejati tidak hanya terletak pada tindakan fizikal semata-mata, tetapi lebih pada keikhlasan hati dan niat yang tulus untuk mendekatkan diri kepada Allah swt,

Lantaran itu, ibadah korban merupakan salah satu cara paling tulus untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Ada juga satu hadis, dengan Nabi Muhammad saw bersabda:


“Tidaklah seorang Muslim yang menyembelih seekor haiwan pada hari Eid Al-Adha, melainkan akan menjadi benteng perlindungan baginya daripada neraka. Dan darah haiwan itu akan mencapai Allah sebelum mencapai tanah, maka berikanlah kesenangan dengannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Ketika orang melihat kebaikan dan pengorbanan yang kita tunjukkan, kita dapat mengilhamkan orang lain untuk mengamalkan nilai-nilai kebaikan.

Justeru, mari bergabung dengan IbadahSG Singapura dalam melakukan ibadah korban supaya anda dapat merasa kepuasan batin yang mendalam dan menikmati keberkahan”, katanya lagi.

Layari laman Facebook IbadahSg Pte Ltd, https://www.facebook.com/ibadahsg, atau hubungi Ustazah Mariah (8339-3012), Ustaz Syamil (8322-0460) atau Encik Noh (8399-7390) untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >