Siri animasi ‘Alif! 3D’ hidupkan watak buku Melayu bergambar
Premium
Siri animasi ‘Alif! 3D’ hidupkan watak buku Melayu bergambar
Buku Melayu kanak-kanak terbitan S’pura pertama dijadikan siri animasi 3D
Nov 25, 2024 | 5:30 AM
Zuzanita Zakaria di pelancaran siri animasi, ‘Alif! 3D’ pada 2 November. - Foto MUSE PTE LTD
Ketika menetap di Amerika Syarikat, Zuzanita Zakaria, menulis buku cerita Melayu untuk kanak-kanak dengan watak utamanya, Alif, merupakan lif di blok HDB yang bosan dan mahu lebih banyak keseronokan dalam kehidupannya.
Watak lif itu dilengkapi ‘sidekick’ bernama Zaki untuk membantu Alif, yang juga pemalu, menjadi berani dan mengajarnya menggunakan imaginasinya.
Laporan berkaitan
15 cerpen kisah sebenar dalam antologi kedua Mohd Ikhlash Abdullah Nov 14, 2024 | 5:19 PM
Khayalan cetus ilham penulis hasilkan karya fantasi Oct 29, 2024 | 12:06 PM

