terganggu bekalan ayam membuat suasana menjadi suram sikap bimbang buat keadaan kelam meningkat harga buat pelanggan seram

kerana kecanduan membeli ayam suatu kemestian ada ayam beku sebagai gantian ayam segar menjadi pilihan

simpanan ayam masih kecukupan untuk rakyat yang ketagihan beku segar bukan pilihan mutu tetap dalam jaminan semua sama untuk dimakan

harganya juga berpatutan dalam lingkungan kemampuan tidak perlu dirisaukan

negaraku memang kaya pembekal diganti perkara mudah banyak pembekal menunggu dipelawa memenuhi kekurangan yang ada rakyat tidak perlu berduka bekalan kembali seperti biasa semula kecanduan ayam terubat nyata

ini bukan pertama kali gangguan bekalan dihadapi semua keperluan kita diimporti terputus bekalan sudah pasti kita harus mengerti keadaan begini sering terjadi jangan bimbang atau takuti semua masalah boleh diatasi

AMAN SAMAT