Premium
Syarahan perdana peringati sumbangan Cikgu Ariff
Nov 25, 2024 | 5:30 AM
Institut Pendidikan Nasional (NIE), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) dan Masjid Sultan bekerjasama untuk mengadakan majlis ilmu demi memperingati sumbangan pendeta dan tokoh bahasa Melayu, Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS). - Foto NIE
Sumbangan dan jasa Allahyarham Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS) kepada bidang pendidikan dan bahasa Melayu tetap dikenang, bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
Beliau merupakan antara pengasas Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50) yang memainkan peranan penting dalam mewakili suara dan inspirasi masyarakat Melayu melalui kesusasteraan dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

