SAJAK

Talkinkan Diriku: Reda dan Pasrah

Dalam kelam ku tadahkan reda
Dan dalam kelam juga ku tadahkan pasrah
Setiap penjuru yang ku lalui dalam kehidupan
Aku belajar mencari aku
Mencari diriku mencari Engkau
Dan dalam Engkau, aku mencari diriku sendiri

Dalam kelam ku tadahkan sebaik nafasku berkata
Tiada lain aku menangis dan berharap
Dan harapanku musnah kerana hamba-Mu
Dan aku mencari diriku dalam segenap diriku dan berkata
Yang pasti aku ada adalah diri-Mu Ya Rab
Dalam cinta ku berharap
Hanya Engkau yang tahu aku
Dan pasti aku temui
Temui dalam setiap langkah dan kerinduan
Di sini ku temui Engkau dalam senduku
Dan aku berkata Engkau pasti tahu aku dan kehidupan aku
Sebelum aku dilahirkan di dunia ini

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan