Topik diikuti
Pergi ke BHkuTamadun
Masyarakat teragung dijulang disanjung Tinggi ilmu budaya bahasa Jadi tumpuan seantero dunia Mulut terkulum kagum Itulah bangsa bertamadun
Tapi anakanda Dalam tamadun zaman bonda Tabik hormat dikerah serah Kepada yang berkuasa dan hartawan Punya hamba dan bedilan Mampu melenyapkan jutaan Di atas mayat-mayat bergelimpangan Di hadapan pengikut berhati kosong Mereka berdiri tercegat sombong Para saksi mulut terlopong Alangkah ruginya kita

