Tebu Menua lurus menjulur Manis di pangkal hujungnya tawar Kian tua kurang nilaian Tebu sering dihisap manisan Sepah dibuang bersepahan Peribahasa menitip waspada Menanam tebu di tepi bibir Tutur kata tersemat muslihat Terbuai manisnya bicara Tertipu tanpa ketara
Kelapa Tinggi pohon buah bertandan Titi jambatan batang pilihan Anyaman ketupat pucuk mudamu Lidi pembersih tulang daunmu Sumber mainan pelepah tuamu Buah kelapa seribu guna Kenikmatan rasa kelapa muda Airnya penyejuk kaya khasiat Penghilang dahaga penawar ampuh Kelapa tua banyak berjasa Bersantan lemak menggugah selera Pelazat hidangan pelemak juadah Intipati melengkap kehidupan Perlambangan tebu kelapa Mengkaburi kecelaruan bayangan insan Terbentang luas maya haluan Ke mana membusur sinar-sinaran?


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg