Telecoms Quarters, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
7:01
Zuhur
1:07
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:27

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

Telecoms Quarters

May 16, 2016 | 05:30 AM

Andai bisa kulanggani mesin masa
akan kulungsuri semula tiap ramah dan budi insan
hiba rawan dan hilai tawa
anak-anak, jiran, keluarga di blok bawah
juga tetangga di blok atas
segalanya muat terpeti dan terarkib indah
dalam jambangan kenangan

Anak-anak blok bawah dan blok atas
berlarian, berkejaran, jatuh dan bangun
mengikat silaturahmi di hijau padang
kaki-kaki si anak kuli si anak kerani
hitam, sawo matang, kuning, cerah; sama bermain
bola sepak, rounders, bola hentam
bersatu menghenyak duri si malu-malu di lautan rumput
tegap sendi kuat tulang; sihat minda bebas tekanan
utuh paduan persaudaraan
tanpa seruan tanpa kain rentang

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map