Topik diikuti
Pergi ke BHkuTiket Percuma Ke Daerah Merdeka
Tiket Percuma Ke Daerah Merdeka
Tiket Percuma Ke Daerah Merdeka

-
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Oct 7, 2018 | 5:30 AM
Semalam, pengirim pos singgah dalam sulit surat diselit di celah kekisi besi bergangsa pagar petak berpangsa diserlahkan fon bersaiz 72 huruf dicetak merah dalam utusan, ucapnya mengujar "TAHNIAH! awak terima tuah tiket tanda hadiah esok boleh masuk percuma ziarah ke daerah Merdeka!''
Sebelum itu, awak diminta pulangkan kembali gegelung gari yang membelenggu hari jangan lupa juga jarum-jarum jam jadinya judul jadual sinar dan suram kerana itu hanya barang pinjam
