Tukang karut mulanya pemalu, kini yakin, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya0

Tiga puteri 'seronok berdikir barat'

Tukang karut mulanya pemalu, kini yakin

Dec 17, 2018 | 05:30 AM

KETIKA muncul membuat persembahan dikir barat, terdengar ada penonton memanggilnya 'Siti Nordiana'.

Panggilan nama penyanyi wanita popular Malaysia itu bukan yang pertama kali didengar tukang karut Cik Nur Nafilah Mohd Ramadan, 20 tahun..

Gelaran itu diberikan hos pertandingan dikir barat yang pernah disertainya sebelum ini.

"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana wajah saya macam Siti Nordiana," kata Cik Nur Nafilah daripada kumpulan dikir barat SKD.

Pada awalnya mungkin wajahnya menjadi tarikan penonton, namun ketika persembahan bermula, beliau mula menunjukkan "taringnya" dan memikat penonton dengan gayanya tersendiri.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Cik Nur Nafilah berkata, kalau dahulu beliau seorang yang "pemalu gila", tetapi setelah dipilih guru ketika di sekolah menengah menjadi tukang karut kerana kebolehannya menyanyi, rasa malu bertukar menjadi rasa yakin pada diri sendiri terutama ketika membuat persembahan dan mendapat sambutan penonton.

Pelajar tahun akhir kursus Pengiklanan dan Perhubungan Awam di Politeknik Ngee Ann ini berpendaat, sebagai tukang karut beliau perlu memastikan penonton dapat memahami mesej seni kata yang disampaikan.

"Saya lebih agresif sebagai tukang karut. Saya perlu gunakan nada suara untuk menarik perhatian penonton. Suara saya perlu nyaring dan kuat," katanya.

Beliau juga mengakui kadang- kadang beliau perlu "berdrama" sesuai dengan seni kata dengan harapan penonton dapat memahami apa yang ingin disampaikan.

Soal watak juga sesuatu yang mencabar bagi dirinya kerana setiap penulis lirik mempunyai gaya penulisan tersendiri. Ada kala beliau perlu berbincang dengan mereka untuk memahami pandangan mereka dengan lebih mendalam, katanya.

Mengenai cabaran yang dihadapinya pula ialah apabila nyanyiannya tiba-tiba kedengaran sumbang ketika beliau membuat persembahan.

Beliau mengatasinya dengan terus mengukir senyuman dan meneruskan persembahan.

Cik Nur Nafilah menambah beliau suka berada di atas pentas sebagai tukang karut kerana ia membuatnya berasa seperti beliau sedang mengadakan konsert sendiri, lebih-lebih lagi apabila awok-awok menyambut dan ini mengurangkan rasa gementarnya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map