Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Umpama Siasah Manusia Serangga

Jun 26, 2022 | 5:30 AM
56035864-98f1-47e8-94da-9d201d463d56
-

Sekarang kubiarkan saja kakiku mencari arah lapan sayap angin tumbuh di badanku terasa semut-semut kerana tidur yang berpanjangan setiap langkah yang bertentangan berdepan jalan kebingungan aku lihat segala busut dan bukit perlindungan telah kau ratakan "Ini hadiah untuk mereka yang menghalang kemajuan." tapi aku dan mereka tidak lagi memandang mentari yang terbenam entah siapa lagi yang masih rindukan bulan purnama.

Aku tahu kupu-kupu masih bergantungan di bilik persidanganmu yang kau sorokkan bersama keburukan dan kesilapan masa lalu kau mengajar kami supaya bangga dan per caya pada setiap arca buatanmu di kotak TV, kamar tidur dan segala tipu helah tentang sayap-sayap terbang kau memang pintar berhujah hujat yang berat menjadi ringan percayalah, ahli pemikir telah bersatu dengan pembuat mimpi "Kau dan mereka harus bekerja seperti anai-anai." kami pun meratah berita-berita sensasi yang kau beri sarapan kepalsuan yang sudah basi lebih mematikan akal dari racun serangga.

Sekarang kubiarkan saja tanganku mengumpul daun kering empat giliran musim menggoncang setiap ranting dan dahanku ternyata hanya igauan kerana kepalaku adalah sarang semut maka itu aku tidak mampu tidur berpanjangan lagi kerana kami semua sudah menjadi serangga yang berjaga dan berkerja tuan-tuan yang berkuasa pun tidak pernah berdiam diri "Ini demokrasi baru-demokrasi semut api." Cukup bernafsu-nafsi kau pun mengajak kami melupakan kesilapan masa silam berganding bahu menunjukkan kelicikan lipas mampu bertahan berzaman tentang serangga lain yang dulu kau benci separuh mati yang masih tinggal dalam busut dan bukit kebimbanganmu menjadi virus berjangkit selagi kami masih bersungut dan mampu menggigit.

Hamed Ismail

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg