Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Usia Senja

Jan 22, 2018 | 05:30 AM

 Maafkan aku wahai orang muda

Umurku sudah menjangkau senja

Caraku makan berkecah

Gigi tiada susah kunyah

Air dalam gelas plastik tiada guna

Kupasti langgar kerana rabun mata

Tanganku tergetar-getar

Menyuap ke mulut menjadi sukar

Berjalan terkemut-kemut

Kakiku berasa semut-semut

Belum sempat ke tandas

Di sini juga aku terlepas

Badanku busuk berbau

Pagi tadi aku lupa mandi dulu

Maafkan kuasyik bertanya

Ingatanku sekejap saja

Tenagaku sudah tidak kuat

Barang ringanku rasa berat

Aku tahu kau berasa malu

Di hadapan teman-temanmu

Jangan memarahi aku

Jangan mengherdikku

Aku hanya mohon disayangi

Seperti masa kau masih bayi

Bantulah aku

Kasihanilah aku

Aku pun pernah muda dulu

PASIDAH RAHMAT

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >