dalam mengenal ejaan aksara didera abjad-abjad pensel menari tango dalam lagu sedu-sedan berkayuhlah lagi dari ejaan ke imlak sebaris dua sehari walau mentari dipeluk malam seayat dua digali walau santai menggoda minda detikan 'Class Dojo App' melaung bagai azan mengingati latihan yang belum selesai pembetulan yang belum usai warkah dan nota yang perlu ditandatangan bersama kantung yang merayu pada bulan mengambang

wahai si bocah cilik ibumu mahu matahatimu tercelik pengisian ilmu dengan berguru atau melalui pengalaman baru