Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Wan Hussin tulis buku kanak-kanak cerita zaman Jepun

Jun 12, 2023 | 05:30 AM



UMURNYA baru lima tahun apabila Perang Dunia Kedua berlaku dan tentera Jepun menjatuhkan bom ke atas Singapura.

Meskipun masih kecil, pengalaman cukup pahit itu jelas tersemat dalam hati dan minda Encik Wan Hussin Zoohri, kini 85 tahun.

Pada 4 Jun lalu, beliau melancarkan buku kanak-kanak pertamanya, Cerita Wan Comel yang mengisahkan pengalamannya mengharungi Pendudukan Jepun yang bermula pada 1942 dan berakhir pada 1945.


Ditanya mengapa beliau memilih menulis tentang hal tersebut, Encik Wan Hussin berkata langkah itu diorak agar “generasi sekarang boleh tahu serba sedikit tentang sejarah zaman Jepun di Singapura”.

“Ini adalah cebisan sejarah Singapura dan hidup zaman Jepun itu begitu susah, makanan susah, orang takut sampai tak keluar sebab Jepun waktu itu sangat kejam, jadi rakyat ketakutan,” katanya.

Menerusi buku dwibahasa yang dibiayai Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) itu, Encik Wan Hussin menceritakan tentang bagaimana hampir setiap malam beliau menangis sampai tertidur kerana perut kosong.

Keluarganya juga akan menanam sayur-sayuran seperti bayam, kacang panjang serta ubi kayu dan akan berkongsi dengan jiran-jiran mereka.

Beliau juga mengenang pengalaman dikejar askar Jepun. Mujur beliau dapat melarikan diri dan bersembunyi di dalam pondok.

Semasa Pendudukan Jepun juga, murid-murid sekolah disuruh menyanyikan lagu kebangsaan Jepun, Kimigayo dan menaikkan bendera Jepun, selain belajar bercakap bahasa tersebut.


Dalam ucapannya ketika majlis pelancaran buku itu di Kelab Masyarakat Radin Mas, Encik Wan Hussin yang merupakan Anggota Parlimen (AP) dari 1980 hingga 1987, berkata:

Cerita Wan Comel menyampaikan mesej betapa pentingnya bagi warga Singapura terus bersatu dan apa yang mesti kita lakukan apabila negara kita menghadapi ancaman daripada pengaruh luar.


“Mesej yang ingin disampaikan kepada anak-anak sekolah kita – bahawa kita mesti sentiasa positif dan percaya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku dalam hidup.”

Lebih 60 ibu bapa dan anak-anak mereka telah menghadiri majlis pelancaran tersebut, yang turut dihadiri AP Radin Mas, Encik Melvin Yong.

“Saya telah baca buku itu yang memaparkan secara ringkas cabaran zaman perang dan kepentingan mengekalkan keamanan.

“Ilustrasi kartun dan teks yang mudah dibaca juga menjadikan buku itu baik bagi anak-anak kita mempelajari sesuatu tentang masa tersebut dalam sejarah Singapura,” ulas Encik Yong.

Buku Cerita Wan Comel telah diedarkan ke sekolah-sekolah di sini. Ia juga boleh didapati di perpustakaan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >