Lelaki berpendirian teguh kebanggaan orang laut berhati mulia ramai terpaut suaranya suara rakyat penuh keramat amat menghambat tidak mudah terbebat godaan perkauman demi kasih pada watan terkibar panji kukuh harmoni di puncak bukit perpaduan mengusir sifat berpaling tadah pekat sungguh kesetiaan dengan uncang keimanan.
Lelaki berpendirian teguh menepis tangan-tangan yang menangguk di air keruh yang sudah ronyok dalam lipatan sejarah mendahulukan ibu pertiwi sebelum keluarganya sendiri tidak mudah dimomok-momokkan tabah dan sabar mengharungi cabaran memadamkan api ketidaksenangan dan keresahan kaum disuntik ketegangan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg