Seorang pemikir Meraih cebisan hikmah Daripada setiap jiwa ditembung Mencerna segala ibrah Dari 'roller coaster' hidup sekeliling Menggarap sebuah ceritera Daripada lakaran hati penuh makna Agar mereka tahu Semua buat aku Aku buat semua

Seorang yang celik Mengerti kewajipan usaha Yakin kesaktian doa Buah fikir, kata hati Yang bergema tidak lain Sarat pengertian Doa, usaha, tawakul Menerima penuh santun Qadak dan qadar Iman itu santapan roh yang subur