yang pergi tidak mungkin akan kembali itu perjalanan hakiki ke kampung nan abadi sepanjang bentala bersementara ada yang berterusan terleka letih mengejar pelangi sesat di rimba berduri ada juga yang terlena dari fajar hingga ke senja dirasuk kilauan permai di atas kerusi empuk beranai yang degil keras kepalanya bermain masih di tepian ombak lemas akhir terdampar duka di atas dasar murka terpacak yang tinggal yang mengerti esok lusa belum pasti bahagia bukan di hujung pelangi hati derita bukan di hujung cemeti maki teruskanlah usaha mencari sang cahaya dibuang jauh sesungguh sisa keruh dan peluh keluh toleh-tolehlah ke belakang mengutip ciciran bekal berdepan ranjau jalan pulang awas! jangan terjatuh di kawah kekal
ZAINOL ABI


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg