Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Zikir Sayf-Al-Sufi

Sep 16, 2018 | 05:30 AM

Kau cari, kau gali, bukit rendah, langit tinggi,

busut tanah, perut bumi, jalan lambat kau berlari.

Belok ke kanan tembus ke kiri

redah semak penuh duri.

Dengan ilmu engkau kaji, tiap baris kau hayati.

Masih tiada jawab pasti, ada getar dalam hati.

Ada bisik tanpa bunyi, bibit benci mengikuti

angin iri mendampingi, api sombong menghampiri.

Datang bagai yang dijanji, jalan lurus kiblat lari.

Walau akhir sujud, awal tetap berdiri.

Kau gali, kau cari, dari laut ke kali,

mata air perigi, dalam riuh dan sepi,

dalam ramai dan sunyi, dalam berani dan ngeri.

Jauh engkau dekati, dekat engkau jauhi.

Alif tegak berdiri, engkau condong ke tepi,

cermin yang kau tatapi, bukan wajah sendiri.

Berpaling tak berani, berdepan engkau ngeri.

Melangkah bunuh diri, berundur ancam mati.

Tabah tahan sabarmu, belum sabar lagi.

Ikrar di jari kanan, salam berakhir kiri.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >