Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

25 kes penyakit cacar monyet dikesan di S’pura

Jan 21, 2024 | 04:03 PM



Terdapat satu siri jangkitan penyakit cacar monyet atau mpox di sini, dengan 25 daripada sejumlah 32 kes pada 2023 dikesan dalam tempoh empat bulan dari September hingga Disember.

Sebanyak 20 daripada kes itu merebak di Singapura, walaupun tidak semua sumber jangkitan diketahui, menurut jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH).

Beliau berkata kebanyakan daripada 12 kes import mpox melibatkan penduduk tempatan yang berkunjung ke negara di Amerika Selatan dan Asia Tenggara, lapor The Straits Times (ST).


Daripada penularan kes mpox tempatan yang diketahui, satu kes tempatan dikaitkan dengan kes import dan dua lagi kes dikaitkan dengan kes tempatan sebelum ini yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kes.

Kedua-dua kelompok itu kini ditutup kerana tiada kes baru dikaitkan dengan kelompok itu dalam masa 42 hari – iaitu dua tempoh inkubasi.

Tiada kelompok keluarga dilaporkan dan kes selebihnya pula tiada kaitan dengan mana-mana kes mpox.

Jurucakap MOH menambah: “Di peringkat sedunia, terdapat peningkatan kes mpox dan Singapura juga mengalami peningkatan dalam kes tempatan.”

Konsultan kanan di Divisyen Penyakit Berjangkit Hospital Universiti Nasional (NUH), Profesor Paul Tambyah, yang bercakap dalam kapasitinya sebagai Presiden Persatuan Antarabangsa bagi Penyakit Berjangkit, menjelaskan:

“Kita seiring dengan seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara dengan kemuncak mpox berlaku lewat sedikit berbanding di Eropah dan Amerika, menurut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).”

Pada Oktober 2023, WHO mencatat 668 kes penyakit cacar monyet dari 29 negara; dan pada bulan berikutnya, 906 kes dari 26 negara.

Naib dekan kesihatan global di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Hsu Li Yang, berkata walaupun bilangan kes mpox masih sangat rendah di sini, bilangan penularan tempatan dengan sumber tidak diketahui boleh menggambarkan ciri endemik tahap rendah di Singapura. Jika itu berlaku, jangkitan mpox akan terus muncul.

Singapura menjadikan penyakit virus itu sebagai penyakit boleh dilaporkan pada pertengahan 2022, selepas ia menjadi wabak di seluruh dunia dan muncul di banyak negara yang tidak endemik, termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan Australia, tidak seperti di Afrika tempat penyakit itu berasal.

Singapura mencatat 18 kes cacar monyet pada 2022 sejak bermulanya pelaporan penyakit itu pada akhir Jun tahun tersebut.

Pada Julai 2022, WHO mengisytiharkan wabak mpox sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa, iaitu tahap amaran tertinggi bagi wabak penyakit.

Ini adalah wabak ketujuh yang diberi tahap amaran itu oleh WHO sejak 2005. Sebelum itu, pandemik Covid-19 turut diberi tahap amaran yang sama.

Walaupun cacar monyet lazimnya adalah penyakit ringan, ia masih boleh membawa maut bagi sebilangan pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >