Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

7,000 kanak-kanak akan disokong dengan sumbangan $5j setahun oleh My First Skool

Komitmen cabang amal NTUC First Campus bertambah daripada $3j mulai 2025, demi manfaat murid prasekolah keluarga pendapatan rendah
Aug 26, 2024 | 7:21 PM
Dana itu kini menyokong kira-kira 6,400 murid prasekolah di pusat My First Skool, iaitu hampir 30 peratus daripada murid yang berdaftar.
Dana itu kini menyokong kira-kira 6,400 murid prasekolah di pusat My First Skool, iaitu hampir 30 peratus daripada murid yang berdaftar. - Foto NTUC FIRST CAMPUS

Cabang amal NTUC First Campus, Dana Bright Horizons, akan menambah jumlah sokongannya sebanyak $2 juta setahun bagi manfaat 7,000 kanak-kanak prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Mulai 2025, ia akan memberi $5 juta setahun – meningkat daripada $3 juta pada masa ini – untuk menyokong kanak-kanak prasekolah di pusat My First Skool NTUC (NFC) dalam empat bidang iaitu kewangan, pembelajaran dan pembangunan, kesihatan dan kesejahteraan, serta sosial.

Pengerusi Dana Bright Horizons, Encik Heng Chee How, berkata sokongan kepada keluarga berpendapatan rendah adalah penting bagi membantu mereka secara holistik, bukan sekadar menurunkan yuran prasekolah, lapor The Straits Times.

“Pertama, kita turunkan halangan untuk datang ke sekolah. Jangan biarkan yuran menjadi halangan... Kemudian (datang) campur tangan sokongan profesional dan teknikal,” kata beliau, yang juga Menteri Negara Kanan Pertahanan.

Ketua pegawai sokongan kanak-kanak NFC, Cik Louisa Chng, berkata dana itu, yang bermula pada 2008, telah berkembang daripada menyediakan bantuan kewangan melalui subsidi yuran sekolah dan sokongan bagi keperluan persekolahan seperti pakaian seragam, perbelanjaan lawatan dan perbelanjaan tamat Tadika 2.

Lebih separuh daripada wang tersebut akan digunakan untuk meningkatkan program sokongan pembelajaran dan pembangunan bagi kanak-kanak itu.

Cik Chng berkata sejak Januari 2024, tambahan 800 kanak-kanak dan keluarga mereka meraih manfaat daripada dana itu, selepas sokongan diberikan kepada keluarga yang pendapatan isi rumah kasar bulanannya di bawah $6,000, berbanding $4,500 dan ke bawah sebelum ini.

Dana itu kini menyokong kira-kira 6,400 kanak-kanak prasekolah di pusat My First Skool, iaitu hampir 30 peratus daripada murid berdaftar.

NFC menyasarkan membantu 7,000 kanak-kanak prasekolah mulai 2025 ekoran kemasukan yang dijangka meningkat. Kini ia mempunyai 159 pusat dengan 26,500 murid.

Program sokongan pembelajaran dan pembangunan NFC termasuk program pakar sokongan pembangunan, yang akan tersedia di 16 pusat prasekolah My First Skool pada 2025, meningkat daripada lapan.

Dilancarkan pada 2023, program itu menyaksikan empat pakar sokongan pembangunan membantu 60 kanak-kanak yang memerlukan sokongan campur tangan awal tahap sederhana bagi perkembangan lewat.

Pada 2025, program tersebut akan memenuhi keperluan 135 kanak-kanak, dengan sembilan pakar sokongan pembangunan.

Dana Bright Horizons juga menyokong kesihatan dan kesejahteraan keluarga melalui pelbagai inisiatif, seperti program pemakanan bayi, yang menyediakan baucar tunai daripada $200 hingga $800 setiap tahun.

Cik Noratikah Suratman, seorang pentadbir firma hartanah berusia 26 tahun dan pencari nafkah tunggal, mempunyai tiga anak berusia lima, empat dan dua tahun, yang mendaftar di My First Skool di Jalan Sultan.

Melalui Dana Bright Horizons, Cik Noratikah dan anak-anaknya mendapat sokongan seperti program pemakanan bayi, yang membantu mengimbangi sebahagian daripada kos lampin dan susu tepung bagi anak bongsunya, Bima.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg