Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Alat isyarat, pengurusan lebih baik faktor utama jamin keselamatan khidmat kereta api India

Jun 05, 2023 | 04:19 PM



KOLKATA: Nahas kereta api paling buruk di India dalam tempoh lebih dua dekad mewajarkan tumpuan diberi terhadap perlunya langkah-langkah keselamatan ditingkatkan terhadap khidmat kereta api, kata para pakar meskipun pemerintah meneruskan program bernilai 2.4 trilion rupees ($39.3 bilion) bagi membaik pulih rangkaian kereta api dengan gerabak separuh laju dan menaik taraf stesen-stesennya.


“Insiden ini seharusnya mengingatkan pihak pengurusan bahawa mereka perlu titik beratkan soal keselamatan sedang skim permodenan dilaksanakan,” kata Encik Subodh Jain, mantan anggota Lembaga Kereta Api yang pernah mengendalikan projek-projek berkaitan kejuruteraan bagi Kereta Api India.

Sekurang-kurangnya 275 orang terbunuh dalam nahas “tiga laluan” pada 2 Jun dekat sebuah stesen kecil di wilayah timur Odisha yang merupakan laluan sibuk timur ke selatan India.

Dalam kejadian itu, kereta api penumpang merempuh sebuah gerabak pengangkut barangan yang sedang berhenti lantas menyebabkan gerabak-gerabaknya tergelincir dan terbalik di laluan berdekatan dan merempuh sebuah lagi kereta api penumpang yang melintas di laluan bersebelahan.

Menteri Kereta Api India, Encik Ashwini Vaishnaw, memberitahu para wartawan Ahad lalu bahawa punca dan mereka yang bertanggungjawab terjadinya nahas tersebut telah pun dikenal pasti.

Beliau berkata kerosakan bahagian isyarat menjadi punca nahas berlaku. Kementerian Kereta Api telah menyarankan supaya kes tersebut diserahkan kepada Biro Siasatan Pusat di peringkat federal untuk siasatan lanjut.

Encik Jain memberitahu akhbar The Straits Times bahawa keutamaan Kereta Api India kini ialah melaksanakan lebih banyak automasi pada sistem isyarat dengan menerapkan teknologi terbaru. Ini dapat mengelak berlakunya kesilapan manusia dan sekali gus meningkatkan keselamatan.


“Pokoknya ialah sistem elektronik yang kami gunakan sekarang seharusnya selamat digunakan,” tambahnya.

Mekanisme anti-pertembungan telah dibangunkan oleh Kereta Api India tetapi penggunaannya agak perlahan dan ia tidak dipasang di laluan di Odisha, tempat nahas terburuk itu berlaku.

Rangkaian kereta api India menyaksikan trend nahas menurun daripada 74 kes dalam tempoh 2017 hingga 2018 kepada 20 kes dalam tempoh 2020 hingga 2021.

Namun, nahas sedemikian yang melibatkan kematian dan kecederaan, masih menjadi kebimbangan di negara yang mengendalikan rangkaian laluan kereta api keempat terbesar di dunia – mengangkut 24 juta penumpang setiap hari dan mengerakkan lebih 1.5 bilion tan barangan dalam 2022 hingga 2023.

Satu laporan daripada pejabat Audit Negara India yang dibentangkan di Parlimen pada Disember 2022 menyatakan bahawa hampir tiga daripada empat sejumlah 217 nahas kereta api yang berlaku antara 2017 dengan 2018 dan antara 2020 dengan 2021 disebabkan oleh gerabak tergelincir.

Faktor terbesar yang menyebabkan kereta api tergelincir adalah landasan tidak diselenggara dengan baik, landasan dialihkan melebihi batas yang ditetapkan dan memandu cuai serta melebihi had laju.

Encik Jain selanjutnya menyatakan rancangan Kereta Api India untuk menggantikan landasan tidak selari dengan kepesatan pertumbuhan trafik kerana ia tidak mungkin dapat dilakukan dek laluan sentiasa sibuk.

“Kerja-kerja tertunggak setiap kali menukar ganti landasan. Jaka landasan perlu digantikan selepas ia menanggung keberatan 800 juta tan, ia sebaliknya digantikan selepas 900 hingga 1,000 tan,’‘ tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >