Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MADRASAH WAK TANJONG AL-ISLAMIAH

Anjur pelbagai acara bagi kumpul dana $3j

Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Bagi Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah, untuk mengumpulkan lebih $3 juta dalam setahun adalah suatu yang sukar tapi tidak mustahil dicapai dengan sikap dermawan dan murah hati masyarakat Islam di sini.

Menurut mudirah Madrasah Wak Tanjong, Ustazah Masnia Nassim, sepanjang 2024 ini pihak madrasah terus gigih dan perlu mengumpulkan dana sebanyak itu, dalam usaha membina bangunan tambahan untuk beroperasi satu sesi mulai pada tahun 2025.

Oleh yang demikian, banyak acara yang telah diatur untuk menambah dana ini. Antaranya ceramah selepas Isyak oleh Ustaz Nuzhan Abdul Halim pada 13 Januari lalu, berlangsung di Masjid Darul Ghufran. Pihak madrasah juga telah diundang menjadi benefisiari bagi acara gah, bertempat di Expo Singapura pada Februari.

“Alhamdulillah, sambutan yang kami terima daripada jemaah Masjid Darul Ghufran amat menggalakkan. Sempena cuti Tahun Baru Cina akan datang ini pula, kami akan menjadi benefisiari rasmi dalam acara Fun World di Expo Singapura anjuran MakBesar pada 9 hingga 12 Februari.


“Dalam acara yang berlangsung selama empat hari itu (Jumaat hingga Isnin), kami akan membuka reruai, atau ‘booth’, wakaf dan infak, di samping jualan kurma amal dan diserikan dengan persembahan pelajar-pelajar rendah kami. Diharap Muslimin Muslimat yang hadir pada acara tersebut akan mengunjungi reruai kami untuk menyumbang seikhlas mungkin,” jelas Ustazah Masnia.

Ustazah Masnia turut berkata pihaknya akan menganjurkan rumah terbuka serta karnival keluarga pada Mac ini. Acara menarik ini dianjurkan demi memperkenalkan madrasah yang bersejarah ini kepada ibu bapa serta waris yang berminat mendaftarkan anak-anak mereka ke madrasah tersebut.

“Pada Sabtu 9 Mac, bermulanya cuti sekolah penggal pertama, Madrasah Wak Tanjong akan menganjurkan rumah terbuka dan karnival keluarga di bangunan madrasah untuk memperkenalkan madrasah kami pada bakal waris yang berminat menghantar anak-anak mereka ke darjah satu sambil mengikuti Ujian Kemasukan Madrasah (MET) secara ringkas dan santai.

“Dalam acara itu, ibu bapa akan mengetahui apakah sistem pendidikan yang kami tawarkan, persiapan yang diperlukan untuk masuk ke darjah satu dan juga berpeluang mengikuti ujian ringkas ala MET bagi mendedahkan anak-anak dengan suasana menduduki ujian MET,” tambah Ustazah Masnia.

Selain itu, pameran daripada setiap jabatan madrasah dan acara interaktif lain, serta reruai jualan juga akan disediakan. Mulai pertengahan bulan Syaaban ini, pihak madrasah akan mula menjual kurma amal yang merupakan projek amal tahunannya. Seterusnya, sepanjang bulan Ramadan pula, Madrasah Wak Tanjong akan membuka reruai di Bazar Ramadan. Mereka yang ingin berinfak, berwakaf atau melaksanakan zakat harta boleh melakukannya di reruai madrasah, atau boleh terus ke mengunjungi pejabat Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan kepada Madrasah Wak Tanjong Al Islamiah boleh dilakukan melalui:

1. PayNow: UEN S55MM0002D.

2. Kiriman cek atas nama ‘MADRASAH WAK TANJONG AL ISLAMIAH’.

3. Pembayaran secara Nets dan tunai di Pejabat Madrasah di 589 Sims Avenue Singapura 387600: Dari Isnin hingga Jumaat 9, pagi hingga 4 petang dan Sabtu, 9 pagi hingga 12 tengah hari.

4. Imbas kod QR yang tertera.

5. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Madrasah Wak Tanjong di talian 6741-0131.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >