Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Apa kata pengamat...

Aug 10, 2023 | 12:02 PM



Sebagai pencerahan tambahan, Berita Harian mendapatkan pandangan dua pakar politik Malaysia untuk memberi gambaran dan perspektif berbeza kepada senario politik yang hangat di Kedah.


PENGANALISIS POLITIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, DR AZIZUDDIN MOHD SANI


Soalan: Dari sudut pandangan orang Utara, kenapa Kedah menjadi medan tempur paling hangat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini?


Jawapan: Kedah signifikan kerana Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) pernah menjadi kerajaan (negeri).


Kedah dikenali sebagai ‘swing state’, (yang menyaksikan) perubahan kerajaan boleh berlaku bergantung pada sentimen rakyat pada Hari Mengundi (12 Ogos).

Ini (persaingan di Kedah) pertembungan antara wakil Kerajaan Perpaduan di peringkat nasional dengan Kerajaan Negeri yang dikuasai Perikatan Nasional (PN) dan kedua-duanya saling berkonfrontasi, khususnya melibatkan Menteri Besar (MB, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor). Rakyat boleh berubah sikap pada saat akhir.

Soalan: Apa kepentingan bagi Kerajaan Perpaduan PH-BN untuk menawan semula Kedah?


Jawapan: (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim popular di Kedah yang boleh saingi populariti MB (Datuk Muhammad Sanusi). Jadi PM dibantu oleh pemimpin nasional yang terus melakukan serangan untuk memenangkan calon-calon Kerajaan Perpaduan di Kedah.


Kedah adalah negeri ‘Jelapang Padi’. Kerajaan Perpaduan yang sama juga di Kedah dapat memudahkan pentadbiran, khususnya dalam melaksanakan agenda keselamatan makanan di Kedah.

Kedah ada banyak potensi untuk menjadi negeri yang berkembang pada masa hadapan. PN Kedah tidak ada tawaran yang menarik kepada Kedah dan hanya meneruskan dasar-dasar kerajaan BN dulu.

Soalan: Selain kehadiran pemimpin utama, apa strategi PH-BN untuk menawan Kedah?


Jawapan: Ya serang salah tata kelola yang dilakukan (Datuk Muhammad) Sanusi dalam isu REE (perlombongan unsur nadir bumi) dan tindakannya menghina Raja (Sultan Selangor). Pada masa yang sama, mereka menawarkan manifesto yang bagi saya realistik dan praktikal, khususnya dalam membawa pelaburan ke Kedah, terutama dalam sektor pertanian.


Soalan: Bagi penganalisis yang dekat di Kedah dan pada pandangan Dr Azizuddin, tokoh/parti mana yang lebih rapat dengan rakyat Kedah?


Jawapan: Setakat ini, tokoh seperti (Datuk Muhammad) Sanusi disukai oleh orang muda. Tokoh seperti Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN) dilihat sebagai paling berpengalaman dan boleh mentadbir Kedah selain Datuk Mahfuz Omar (PH).


Saya rasa dengan kes yang berlaku, (Datuk Muhammad) Sanusi kemungkinan besar tidak menjadi MB Kedah semula.

Jadi saya tidak pasti, pilihan kedua dalam PN sebagai MB Kedah.

Jadi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, ada kebijaksanaan untuk pilih tokoh yang bakal menjadi MB sama ada dari pihak Kerajaan Perpaduan dan PN.

PENGANALISIS POLITIK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), DR A AZIZ AZIZAM


Soalan: Pemimpin PH-BN kian giat berkempen di Kedah, apa signifikan bagi PH-BN merampas semula Kedah?


Jawapan: Mungkin daripada culaan (pertimbangan awal) pihak PH-BN, daripada ketiga-tiga buah negeri yang ditadbir oleh PN, yang berpeluang lebih tinggi dimenangi adalah Kedah.


Dari segi sejarahnya juga menunjukkan bahawa pola pengundian di Kedah lebih dinamik berbanding dua negeri lain iaitu Kelantan dan Terengganu.

Keutamaan dalam memenangi Kedah juga boleh dilihat daripada dua keadaan.

Keadaan pertama adalah potensi menguruskan pelaburan baru seperti yang diuar-uarkan dalam kempen-kempen politik sama ada dari pihak PH-BN berkenaan nadir bumi di Kedah.

Bagi keadaan kedua pula adalah Kedah perlu dimenangi (PH-BN) kerana negeri itu adalah kota bagi panglima perang PN (Datuk Muhammad Sanusi).

Jika mereka berjaya memperoleh Kedah, kemungkinan kemaraan PN hampir berjaya dipatahkan.

Soalan: Apa kekuatan PH-BN di Kedah?


Jawapan: Berkaitan kekuatan PH-BN di Kedah, saya lihat struktur Umno akan banyak membantu.


Umno parti yang lama dan mempunyai rangkaian ahli yang tersusun dan gerak kerja yang jelas.

Umpamanya struktur Wanita Umno yang akan membantu atur gerak teknikal membuat culaan dan perang saraf yang berkesan. Ini adalah aset Umno dan PRN kali ini juga akan menjadi satu medan ujian sama ada aset Umno itu masih berfungsi dengan baik ataupun tidak.

Soalan: Adakah strategi menyerang MB Kedah akan memberi kelebihan kepada PH-BN?


Jawapan: Daripada pengamatan, serangan yang bertali arus kepada (Datuk Muhammad) Sanusi tidak begitu mampu mengalih dan mendapatkan undi tambahan kepada PH-BN, termasuklah kumpulan (pengundi) yang berada di atas pagar. Ini kerana serangan-serangan kepada (Datuk Muhammad) Sanusi sebenarnya membuat individu itu lebih popular dan (memberi) publisiti yang baik kepada beliau.


Soalan: Apa pengamatan Dr Aziz mengenai keputusan di Kedah?


Jawapan: Bagi negeri Kedah, saya fikir, selepas menimbangkan beberapa keadaan, peluang adalah 50-50 untuk mana-mana parti memenangi negeri Kedah.


Setiap pengundi ada hak yang sama untuk memilih mana-mana parti dan setiap parti juga mempunyai hak yang sama dipilih dan juga tidak dipilih.

Oleh itu perkara yang utama yang menjadi sandaran penentu kepada pemilih adalah tahap keyakinan dan keselesaan rakyat terhadap pemimpin dan juga rekod prestasi calon tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >