Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Atasi cabaran selepas perceraian, demi anak-anak

Jan 09, 2024 | 05:03 PM



Setiap langkah yang ditempuhi, hanyalah untuk kepentingan anak-anak. Itulah yang dilakukan oleh Cik Norhashikin Hassan, 40 tahun, meskipun bahtera perkahwinannya hanya bertahan separuh jalan.

Berpisah pada tahun 2017, beliau dikurniakan 2 orang cahaya mata (sekitar umur 17 hingga 16 tahun) bersama bekas suaminya.

Pada awal perceraian, beliau dan bekas suami mengalami kesukaran dalam komunikasi, terutamanya berkaitan anak-anak sehingga menjejaskan keadaan mental beliau sendiri.







“Perceraian tidak pernah berlaku dalam keluarga saya. Jadi, ia adalah suatu cabaran untuk berhadapan dengan proses atau prosedur yang perlu dilalui. Bagaimana reaksi anak, di mana saya akan menetap selepas perceraian, apa penerimaan masyarakat, semua ini menjadi kebimbangan saya.

Lebih-lebih lagi, saya pernah kehilangan arah selepas terlepas hak penjagaan anak pada 2017 dan terpaksa berjauhan dengan mereka.

“Pada ketika itu, rumah saya juga perlu dijual di pasaran terbuka. Tetapi, saya sangat beruntung mempunyai adik kandung, yang menawarkan tempat tinggal sementara di rumahnya,” ujar Cik Norhashikin.

Walaupun menghadapi ujian perceraian, Cik Norhashikin mengatasi keperitan itu dengan membina kekuatan dirinya kembali dari sudut mental dan kewangan.

“Tiada seorang ibu pun yang ingin kehilangan anak. Apa yang lebih menyedihkan hati saya sebagai seorang ibu adalah tatkala melihat anak bongsu menangis setiap kali kami perlu berpisah, selepas waktu melawat.

“Justeru, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut semula hak penjagaan anak-anak. Dalam tempoh itu, saya bekerja lebih masa untuk mendapatkan seberapa banyak wang yang boleh dan menggunakan wang keuntungan daripada penjualan rumah bagi membuka semula kes penjagaan di mahkamah.

“Daripada itu, saya kembali membina kerjaya baru dan menstabilkan kedudukan kewangan untuk mencukupkan keperluan anak-anak dan membeli rumah baru. Selepas dua tahun, saya berjaya mendapatkan hak penjagaan anak bersama,” kata beliau yang kini bekerja sebagai pegawai imigresen.

Menurut Cik Norhashikin lagi, khidmat kaunseling daripada PPIS As-Salaam telah berjaya menaikkan motivasi untuk meneruskan kerjasama bersama bekas suaminya dalam hal melibatkan kepentingan anak-anak.

Tambah beliau: “Sejujurnya, saya menyukai aktiviti-aktiviti anjuran PPIS As-Salaam untuk anak-anak. Semasa anak-anak saya bertemu dengan kanak-kanak lain, yang turut menghadapi situasi sama, mereka berasa tidak keseorangan.

“Bagi diri saya pula, khidmat kaunseling profesional oleh kaunselor PPIS As-Salaam sangat berkesan dan menyenangkan hati. Pihak PPIS As-Salaam sangat mengalu-alukan kedatangan saya, tanpa menilai status saya sebagai ibu tunggal. Syukur sekali, PPIS As-Salaam berperanan besar dalam meningkatkan keyakinan saya dan ilmu pengetahuan tentang kepentingan penjagaan bersama.

“Dengan sokongan dan kaunseling daripada PPIS As-Salaam, saya sentiasa memastikan hubungan baik antara anak-anak dan ayahnya. Apa pun yang terjadi di antara saya dan bekas suami, biarlah ia menjadi rahsia kami berdua sahaja. Fokus sekarang, saya hanya inginkan yang terbaik untuk kebajikan anak-anak.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >