Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bagaimana kes pembohongan Raeesah terbongkar

Mar 19, 2024 | 04:30 PM



Ketua Parti Pembangkang dan Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, didakwa pada 19 Mac dengan dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa parlimen, dua tahun selepas polis membuka siasatan ke atas kelakuannya di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP).


Pertuduhan itu berkaitan dengan keterangannya di hadapan jawatankuasa berkenaan, yang telah bersidang pada November 2021, untuk meneliti kontroversi pembohongan yang melibatkan bekas anggota parlimen partinya, Cik Raeesah Khan.


Jawatankuasa itu telah memanggil Encik Pritam sebagai saksi dan berkata kemudian bahawa beliau tidak bercakap benar semasa perbicaraan di bawah sumpah.


Ia mengesyorkan untuk merujuk Encik Pritam kepada pihak pendakwa raya untuk siasatan lanjut dengan tujuan untuk mempertimbangkan prosiding jenayah ke atasnya. Parlimen menyokong syor itu.


Berikut ialah garis masa peristiwa penting berdasarkan keterangan Cik Raeesah Khan dan anggota Parti Pekerja (WP) lain, di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa (COP) .

3 Ogos 2021


Dalam ucapan di Parlimen, Anggota Parlimen GRC Sengkang, Cik Raeesah berkata beliau telah menemani seorang mangsa rogol tiga tahun lalu ke balai polis, di mana seorang pegawai membuat komen mengenai pakaian mangsa dan fakta bahawa beliau meminum minuman keras.

Apabila didesak untuk mendapatkan butiran lanjut oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri, Encik Desmond Tan, beliau enggan memberikannya.

7 Ogos 2021


Cik Raeesah mengaku kepada Encik Pritam bahawa beliau telah berbohong di Parlimen pada 3 Ogos. Beliau juga memberitahu pembantu setiausahanya Cik Loh Pei Ying dan sukarelawan WP, Encik Yudhishthra Nathan tentang kebohongan itu dan menyifatkannya sebagai salah satu perkara paling buruk yang pernah beliau lakukan dalam hidupnya.

8 Ogos 2021


Cik Raeesah mengaku kepada ketiga-tiga pemimpin kanan WP – Encik Pritam, pengerusi parti Cik Sylvia Lim dan naib pengerusi parti, Encik Faisal Manap – bahawa beliau telah berbohong di Parlimen pada 3 Ogos.

Beliau diberitahu untuk “mengekalkan naratif yang beliau mulakan pada Ogos”, dan khusus oleh Pritam untuk “bawa ke kubur”.

10 Ogos 2021


Encik Pritam bertemu Cik Loh dan Encik Nathan atas perkara yang berasingan. Encik Pritam mengesahkan bahawa beliau menyedari pembohongan Cik Raeesah pada 3 Ogos.

8 Ogos hingga 3 Oktober 2021


Tidak ada perbincangan lanjut antara mana-mana tiga pemimpin kanan WP – sama ada sesama mereka, atau dengan Cik Raeesah Khan – tentang bagaimana dan bila untuk menjelaskan kebohongan itu.


3 Oktober 2021


Encik Pritam dan isterinya melawat Cik Raeesah Khan di rumahnya. Encik Pritam memberitahu Cik Raeesah Khan, perkara itu mungkin timbul di Parlimen pada hari berikutnya dan memberitahunya bahawa jika beliau mengekalkan atau meneruskan naratif – pembohongan yang beliau katakan – “tidak akan ada penghakiman” ke atasnya.

4 Oktober 2021


Menteri Undang-undang dan Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, mendesak Cik Raeesah supaya memberikan kepada Parlimen, butiran kejadian itu.

Apabila ini berlaku, Cik Raeesah menghantar mesej kepada Encik Pritam untuk mendapatkan bimbingan tentang apa yang perlu dilakukannya, tetapi tidak dijawabnya dengan segera.

Cik Raeesah Khan mengulangi pembohongannya dan sekali lagi enggan mendedahkan sebarang butiran lanjut, memetik kebimbangan kerahsiaan.

Pada petang itu, Cik Lim bertemu dengan Cik Raeesah Khan, pada kira-kira jam 3 petang. Cik Lim memberitahu Cik Raeesah supaya mendapatkan nasihat undang-undang mengenai sebarang permintaan yang berpotensi oleh polis untuk mendapatkan bantuan.

Encik Pritam dan Cik Lim bertemu Cik Raeesah kemudian, pada pukul 11.15 malam.

Cik Raeesah mencadangkan: “Mungkin ada cara lain. Iaitu, untuk memberitahu kebenaran.” Encik Pritam mahupun Cik Lim tidak memberitahunya untuk memberitahu perkara sebenar.

7 Oktober 2021


Cik Raeesah memberitahu tentang permintaan polis untuk menemu bualnya, kepada tiga pemimpin kanan WP itu.

Dalam e-mel itu, Cik Raeesah mengucapkan terima kasih kepada mereka bertiga kerana “membimbing saya menjalani ini tanpa pertimbangan”.

12 Oktober 2021


Encik Pritam dan Cik Lim telah membuat kesimpulan bahawa perkara itu tidak akan berlalu.

Pada pertemuan dengan Cik Raeesah, Cik Lim dan Encik Pritam memberitahunya secara langsung – buat kali pertama – untuk menjelaskan kebenaran di Parlimen.

Selepas pertemuan itu, Cik Raeesah memberitahu Cik Loh dan Encik Nathan bahawa beliau telah memutuskan untuk menjelaskan kebenaran, mengikut panduan terkini dari Cik Lim dan Encik Pritam.

Cik Loh meminta untuk bertemu Encik Pritam untuk membincangkan apa yang perlu dikatakan oleh Cik Raeesah di Parlimen, dan bagaimana beliau harus menyampaikan kebenaran.

Cik Loh dan Encik Nathan bertemu Encik Pritam lewat hari itu. Pada pertemuan itu, Encik Pritam menceritakan bahawa beliau memberitahu Cik Raeesah pada 3 Oktober bahawa beliau merasakan kenyataan Cik Raeesah pada 3 Ogos mungkin muncul di Parlimen sekali lagi, dan beliau telah berkata “Saya tidak akan menilai anda”.

Cik Loh dan Encik Nathan memahami daripada Encik Pritam bahawa beliau menyerahkan perkara itu kepada Cik Raeesah, dan beliau boleh meneruskan pembohongan itu.

Selepas itu, Cik Raeesah bekerjasama dengan Encik Pritam, Cik Lim, Cik Loh dan Encik Nathan untuk menyediakan penjelasan beliau di Parlimen.

Draf penjelasan beliau juga telah disemak oleh jawatankuasa eksekutif pusat WP.

20 Oktober 2021


Polis berkata dalam satu kenyataan bahawa Cik Raeesah tidak menjawab permintaan mereka untuk temu bual dan mereka tidak dapat mengenal pasti kes yang disebutnya, walaupun pencarian meluas sudah dilakukan.

1 November 2021


Cik Raeesah menjelaskan di Parlimen, bahawa beliau telah berbohong pada 3 Ogos dan 4 Oktober. Beliau berkata beliau sendiri telah diserang secara seksual dan telah mendengar tentang pengalaman mangsa pada sesi kumpulan sokongan yang dihadirinya.

Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, merujuknya kepada Jawatankuasa Hak Istimewa.

Encik Pritam mengeluarkan kenyataan pada hari yang sama, menyatakan bahawa keputusan Cik Raeesah untuk menyatakan perkara sebenar di Parlimen, adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Beliau tidak menyebut penglibatan atau pengetahuan tiga pemimpin berkenaan setakat ini.

2 November 2021


WP membentuk panel disiplin – terdiri daripada Encik Pritam, Cik Lim dan Encik Faisal – untuk meneliti perkara itu. Ahli-ahli parti diundang untuk tampil berkongsi pandangan.

29 November 2021


Jawatankuasa Hak Istimewa bermesyuarat buat kali pertama.

30 November 2021


Cik Raeesah letak jawatan daripada WP, dan sebagai Anggota Parlimen (AP).

2 Disember 2021


WP mengadakan sidang akhbar dan Encik Pritam mendedahkan bahawa pemimpin parti tahu tentang pembohongan Cik Raeesah, seminggu selepas beliau bercakap di Parlimen.

Encik Pritam berkata parti itu telah memberi masa kepada Cik Raeesah untuk menjelaskan perkara itu di Parlimen, kerana mereka bersimpati dengannya dan mahu membenarkannya bercakap dengan keluarganya mengenai perkara itu.

Cik Raeesah dan tiga ahli WP lain – Cik Loh, pembantu perundangan Lim Hang Ling, dan Encik Nathan – hadir di hadapan  Jawatankuasa Hak Istimewa.


Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan khas pertamanya mengenai kes itu. Ia mengandungi keterangan Cik Raeesah bahawa tiga pemimpin WP telah memberitahunya bahawa tidak perlu menjelaskan pembohongan itu, jika beliau dan WP dapat melepaskan diri daripadanya.

Ini disokong oleh keterangan Cik Loh dan Encik Nathan bahawa Cik Raeesah telah memberitahu mereka, pemimpin parti memintanya untuk “bawa ke kubur”

Encik Faisal hadir di hadapan jawatankuasa.

10 Disember 2021


Encik Pritam hadir di hadapan jawatankuasa itu.

11 Disember 2021


Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan khas kedua.

Encik Faisal memberitahu jawatankuasa itu, beliau beliau mengadakan dua pertemuan dengan Encik Pritam dan Cik Lim sebelum perbicaraan, tetapi enggan memberikan butiran mengenai perkara yang dibincangkan apabila ditanya.

Beliau diberitahu oleh jawatankuasa itu bahawa keengganannya itu boleh membawa kepada perbuatan menghina Parlimen.


12 Disember 2021


Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan khas ketiganya.

Encik Pritam menafikan meminta Cik Raeesah membawa pembohongan itu “ke kubur” dan mencadangkan bahawa Cik Raeesah boleh memberitahu Cik Loh dan Encik Nathan kerana keadaan mentalnya.

13 Disember 2021


Cik Lim hadir di hadapan jawatankuasa itu, begitu juga Ahli Parlimen GRC Sengkang, Encik Jamus Lim.


14 Disember 2021


Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan keempatnya.

Cik Lim berkata beliau dan Encik Pritam bertemu dengan Cik Raeesah pada 4 Oktober. Beliau menambah bahawa beliau tidak fikir adalah mungkin untuk Cik Raeesah menjelaskan pembohongan itu, kerana parti itu memerlukan masa untuk membuat penjelasan untuknya.


15 Disember 2021


Encik Pritiam dipanggil semula di hadapan jawatankuasa untuk mengemukakan bukti lanjut. Beliau menegaskan bahawa beliau berharap Cik Raeesah menjelaskan perkara itu di Parlimen dan tidak memintanya berbohong.

17 dan 20 Disember 2021


Cik Raeesah menjalani penilaian psikiatri bersama Dr Christopher Cheok, pemangku ketua jabatan psikiatri forensik di Institut Kesihatan Mental dan pakar psikiatri melalui latihan.

22 Disember 2021


Cik Raeesah dipanggil semula di hadapan jawatankuasa. Dr Cheok turut memberi keterangan.

10 Februari 2022


Jawatankuasa Hak Istimewa mengeluarkan laporannya setebal 1,180 muka surat kepada Parlimen.

15 Februari 2022


Parlimen membahaskan usul mengenai laporan itu. Seramai 10 Anggota Parlimen berucap, termasuk tiga daripada WP dan dua Anggota Parlimen Dilantik.

Dalam ucapannya semasa perbahasan, Encik Pritam berkata jawatankuasa itu nampaknya tidak mahu mengetahui sebab Cik Raeesah berbohong di Parlimen.

Sebaliknya, perkara yang ditumpukan adalah “kesaksian tidak disokong” Cik Raeesah bahawa beliau telah diarahkan, untuk membawa pembohongannya ke kubur oleh kepimpinan WP.

Encik Pritam menyebut ini sebagai rekaan, dan beliau berniat untuk membersihkan namanya.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggesa ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak untuk mengundi dengan hati nurani mereka.


Selepas empat jam, Parlimen mengundi untuk mendenda Cik Raeesah $35,000 dan merujuk Encik Pritam dan Encik Faisal kepada pendakwa raya untuk siasatan lanjut mengenai kelakuan mereka di hadapan jawatankuasa itu.

29 April 2022


Polis mengeluarkan kenyataan, mengatakan bahawa mereka telah meneliti bukti yang diberikan oleh Parlimen mengenai kelakuan Encik Pritam dan Encik Faisal, dan kini akan berhubung dengan orang yang berkaitan tentang kes itu.

7 Februari 2023


Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang, Encik Shanmugam berkata polis masih dalam proses menyiasat kelakuan Encik Pritam dan Encik Faisal. Beliau menjawab soalan parlimen.


19 Mac 2024


Encik Pritam didakwa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa parlimen.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata ia memutuskan untuk tidak mendakwa Encik Faisal selepas mempertimbangkan keseluruhan bukti.

Sebaliknya, polis mengeluarkan nasihat kepada Encik Faisal pada 18 Mac bahawa beliau harus membiasakan diri dengan tingkah laku yang diharapkan daripada Anggota Parlimen dan mengelak daripada melanggar Akta Parlimen (Keistimewaan, Kekebalan dan Kuasa).

AGC berkata Encik Faisal telah menerima nasihat itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >