Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Har Yasin Wedding Biryani sediakan nasi beriani terkenalnya untuk apa jua majlis

Buka dapur pusat untuk jangkau lebih ramai pelanggan

Jan 28, 2024 | 05:31 AM



Didorong oleh tujuan mahu meluaskan lagi khidmat perniagaan nasi berianinya kepada lebih ramai pelanggan, syarikat Har Yasin Restaurant Pte Ltd telah membuka sebuah dapur pusatnya baru-baru ini. Dapur pusat itu terletak di Aljunied Avenue 4.

Ia juga telah memperkenalkan jenama baru bagi khidmat nasi berianinya dengan aneka lauk itu, dinamakan ‘Har Yasin Wedding Biryani’, agar mudah diingati dan digunakan orang ramai.

Menerangkan lebih lanjut, pengarah syarikat itu, Encik Mohamed Haneefa Iqbal, atau lebih kerap dipanggil Encik Iqbal, berkata ekoran langkah itu, ia tidak lagi menjalankan khidmat menyediakan makanan dan minuman (F&B) di restorannya yang telah dijalankan selama 40 tahun di kawasan Geylang Serai.

‘‘Dengan adanya sebuah dapur pusat, kami dapat memberikan khidmat kepada lebih ramai pelanggan yang menggemari makanan kami di mana pun mereka berada bagi pelbagai acara. Ini seperti majlis perkahwinan, sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tahun Baru Cina dan apa juga acara Istimewa mereka.

‘‘Tempahan untuk majlis iftar, sambutan Maulud, hari ulang tahun pun boleh kami sediakan, juga untuk mereka yang sekadar mahu menjamu selera di rumah.

“Mereka hanya perlu membuat tempahan dan tidak perlu pergi ke satu tempat seperti restoran, untuk merasa masakan kami,’’ jelas Encik Iqbal.

Kini ia mempromosikan set beriani dalam bekas atau ‘Bucket Biryani’ dengan jenama baru itu, untuk empat hingga lima orang, bagi tempoh terhad dengan harga $65 (harga biasa $75).


Makanan yang disenaraikan dalam set ini ialah beriani dam anak biri-biri (lamb dum biryani), ayam goreng, dalca, ‘brinjal pachadi’, ‘raita’ bawang dan pencuci mulut enak. Semuanya boleh dihantar ke depan pintu atau diambil sendiri oleh pelanggan.


‘‘Kami juga boleh masak lauk yang diinginkan pelanggan mengikut selera dan pilihan mereka seperti beriani ikan, nasi minyak, nasi mandi dan lauk-pauk Melayu, tetapi tidak hidangan Barat,’’ jelas Encik Iqbal lagi yang berusia 50-an tahun dan telah mewarisi perniagaan keluarganya itu daripada bapanya.

‘‘Kami mempunyai cef yang boleh memasak beriani yang betul-betul asli. Oleh sebab kami amat mengambil berat soal mutu, maka kami pastikan kami menggunakan bahan-bahan yang tepat dan bermutu,’’ tambahnya.

MAKLUMAT


* Syarikat ini juga terlibat dalam perniagaan mengimport daging secara langsung daripada pembekalnya. Perniagaan ini telah dijalankan selama 60 tahun melalui Hanifaa Frozen Food Pte Ltd.

* Dapur pusat syarikat Har Yasin Restaurant Pte Ltd terletak di Blok 1009, Aljunied Avenue 4, 01-22, Singapura 389910.

* Untuk membuat tempahan dan mendapatkan keterangan lanjut, hubungi talian 8296-4282 atau 9671-6354 (Encik Iqbal) atau 8257-6717 (Encik Ridzwan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >