Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup antara Isyak dan Subuh

Mar 6, 2020 | 7:59 AM
DIBERSIHKAN: Keadaan Masjidil Haram tanpa jemaah apabila ditutup pada 5 Mac 2020 bagi kerja pembersihan.
DIBERSIHKAN: Keadaan Masjidil Haram tanpa jemaah apabila ditutup pada 5 Mac 2020 bagi kerja pembersihan. - Foto: AFP

MAKKAH: Arab Saudi mengumumkan pada hari Khamis (5 Mac) bahawa Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan ditutup sejam selepas solat Isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari.

Langkah itu ialah langkah berjaga-jaga terkini untuk mencegah penyebaran koronavirus di Arab Saudi, lapor Arab News. Kerajaan itu menggantung kesemua lawatan umrah, termasuk bagi warga dan penduduknya, pada hari Rabu (4 Mac) sebagai langkah pencegahan, dan pihak berkuasa telah membersihkan Masjidil Haram termasuk menjalankan pembasmian kuman.

Seorang pegawai di Saudi berkata operasi pembersihan meluas itu adalah "langkah pencegahan sementara" yang "belum pernah terjadi sebelum ini". Tingkat atas masih dibuka untuk solat, tambahnya.

Video yang disiarkan dalam talian pada hari Khamis menunjukkan kawasan tawaf atau tempat jemaah mengelilingi Kaabah yang sepi.

Kawasan sai' berdekatan Kaabah di mana jemaah berjalan tujuh kali antara bukit-bukit Safa dan Marwah akan ditutup sehingga larangan Umrah ditiadakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg