Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MUDIR BARU MADRASAH ALJUNIED AL-ISLAMIAH

Dekati asatizah dan pelajar demi peningkatan madrasah

Nov 26, 2023 | 05:31 AM



Walaupun telah meraih pengalaman lebih 15 tahun sebagai antara anggota kepimpinan beberapa sekolah, Encik Herman Cher Ma’in masih tidak memandang mudah pertukaran ke Madrasah Aljunied Al-Islamiah sebagai mudir madrasah itu.

Encik Herman, atau juga dikenali sebagai Cikgu Herman, mula memegang jawatan mudir Madrasah Aljunied sejak Jun 2023.

Sebelum itu, beliau berpengalaman sebagai naib pengetua di dua sekolah aliran nasional, Sekolah Menengah Queensway (Disember 2007 hingga April 2011) dan Sekolah Menengah Teck Whye (Januari 2006 hingga November 2007).

Beliau telah bertugas dalam bidang pendidikan selama lebih 25 tahun. Hampir separuh masa selaku mudir, atau pengetua, Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah.

“Walaupun dengan pengalaman tersebut, perubahan tidak pernah mudah. Walau bagaimanapun, kepercayaan dan keyakinan oleh Lembaga Pentadbir Madrasah Aljunied terhadap saya, kuatkan azam saya untuk menyahut cabaran dan lakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada pelajar, asatizah, guru dan kakitangan madrasah,” katanya.

Menurut beliau, untuk menyesuaikan diri dengan set tradisi di Madrasah Aljunied memerlukan masa dan usaha.

Namun, itu tidak sedikit pun memudarkan semangat beliau untuk memupuk budaya pembelajaran berterusan dan peningkatan dalam kalangan kakitangan dan pelajar Madrasah Aljunied, serta memperkasa mereka untuk mencapai prestasi potensi penuh mereka.

Pada hari pertama sekolah, selepas cuti sekolah Jun, mudir berusia 56 tahun itu telah meminta para pelajar menulis surat kepadanya untuk memperkenal diri mereka.

Beliau ingin mengetahui apakah yang mereka suka tentang madrasah, apakah yang mereka ingin diperbaiki di madrasah dan cita-cita mereka.

“Saya terkejut menerima lebih daripada 400 surat pada hari itu. Daripada surat-surat itu, saya dapat menangani beberapa kebimbangan mereka dengan segera dan berusaha ke arah penambahbaikan sistematik sewaktu Latihan Perancangan Strategik tiga tahun Madrasah Aljunied yang akan berlangsung pada minggu ketiga atau keempat bulan ini (November),” kongsinya.

Antara perubahan yang telah beliau laksanakan termasuk memastikan mutu makanan di kantin madrasah dipertingkat hasil maklum balas pelajar.

Beliau juga turut memberi penjelasan kepada mereka tentang kenaikan harga makanan, satu lagi keprihatinan yang ditimbulkan pelajar.

Selain pelajar, Encik Herman juga giat mendekati asatizah dan guru-guru madrasah untuk mendapatkan maklum balas mereka.

Hasilnya, Madrasah Aljunied kini mempunyai ruang sakit, atau ‘sick bay’, yang lebih selesa bagi pelajar yang kurang sihat berehat dan menunggu ibu bapa mereka.

Baginya, penting setiap pelajar dan kakitangan mempunyai wadah untuk berkongsi dengannya, pendapat dan kerisauan mereka demi peningkatan madrasah setempat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >