Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Heng umum lagi $8 bilion untuk terus bantu pekerja, syarikat harungi krisis Covid-19

Aug 17, 2020 | 4:12 PM
UMUM SOKONGAN BERTERUSAN: Encik Heng Swee Keat mengumumkan sokongan berterusan untuk pekerja dan perniagaan dalam satu Kenyataan Menteri yang disiarkan dalam talian dan menerusi televisyen.
UMUM SOKONGAN BERTERUSAN: Encik Heng Swee Keat mengumumkan sokongan berterusan untuk pekerja dan perniagaan dalam satu Kenyataan Menteri yang disiarkan dalam talian dan menerusi televisyen. - - Foto TANGKAP LAYAR FACEBOOK HENG SWEE KEAT

TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, pada Isnin (17 Ogos) mengumumkan sokongan berterusan kepada pekerja dan perniagaan, yang akan menelan belanja $8 bilion, di tengah-tengah kemelesetan ekonomi disebabkan Covid-19.

Antaranya, pemerintah akan melanjutkan skim yang memberi sokongan gaji pekerja setempat kepada sehingga Mac tahun depan, serta melancarkan program $1 bilion untuk mendorong firma menggajikan pekerja setempat dalam sektor pertumbuhan.

Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, berkata pemerintah berhasrat membiayai langkah ini dengan memperuntuk semula wang daripada bidang lain, seperti perbelanjaan daripada pembangunan yang tertangguh kerana Covid-19.

"Tiada rancangan untuk mengambil Rizab Lalu bagi langkah ini, melebihi apa yang telah diluluskan sebelum ini," kata Encik Heng.

Tambahnya lagi, beliau telah memberi taklimat kepada Presiden Halimah Yacob dan Majlis Penasihat Presiden mengenai perkembangan terbaru dan keperluan bagi langkah tersebut.

Encik Heng berkata demikian dalam satu Kenyataan Menteri yang disiarkan dalam talian dan menerusi televisyen.

Antara langkah yang diumumkan:

- Lanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan sehingga tujuh bulan lagi, beri sokongan gaji sehingga Mac 2021

- Program $1 bilion sokong firma gajikan pekerja setempat baru

- Lanjutkan Geran Bantuan Covid-19 hingga Disember 2020 sokong individu yang hilang pekerjaan atau mata pencarian terjejas

- Lebih ramai pekerja layak terima Bayaran Khas Workfare

- $187 juta lanjutkan sokongan bagi sektor penerbangan hingga Mac 2021

- Tingkatkan program kerah semula pekerja penerbangan ke bidang lain

- $320 juta tingkatkan pelancongan domestik menerusi baucar untuk warga Singapura

- Peruntuk hingga $150 juta tingkat program Startup SG Founder beri lebih sokongan kepada syarikat pemula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg