Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Dua kes masyarakat pada Ahad dikaitkan dengan pembantu doktor haiwan

Jan 17, 2021 | 11:29 PM



DUA kes masyarakat yang diumumkan pada  Ahad (17 Jan) telah dikaitkan dengan seorang pembantu doktor haiwan Pasukan Polis Singapura yang sebelumnya disahkan mempunyai Covid-19, dan  membentuk satu kelompok baru dengan empat kes.



Kes pertama, seorang lelaki Singapura berusia 44 tahun, bekerja sebagai pegawai pentadbiran bersama polis di 2 Mowbray Road, kata Kementerian Kesihatan (MOH). Beliau mengalami tekak kering pada 7 Januari tetapi tidak berjumpa doktor.



Lelaki itu diuji pada  Jumaat (15 Jan) sebagai sebahagian daripada operasi ujian khas oleh MOH di tempat kerjanya setelah ujian rakannya positif. Ujian beliau didapati  positif pada Sabtu (16 Jan) dan  dibawa dengan ambulans ke Pusat Nasional Penyakit Berjangkit (NCID).



Anggota keluarganya, seorang wanita Singapura berusia 44 tahun yang merupakan kes masyarakat yang satu lagi, juga mengalami gejala tetapi tidak berjumpa doktor. MOH mengatakan beliau mengalami demam dan menggigil pada 9 Januari dan kemudian kehilangan deria bau dan rasa pada 13 Januari, tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.



Suri rumah itu  dihubungi MOH sebagai sebahagian  usaha menjejak kontak  pada  Sabtu berikutan ujian positif ahli keluarganya, dan beliau diuji semasa  melaporkan mengalami gejala. Hasil ujiannya kembali positif pada Ahad, dan  dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong dengan ambulans.



Ujian serologi dua kes masyarakat pada Ahad itu kembali negatif, menandakan ia jangkitan baru.

MOH juga mengumumkan 28 kes import pada Ahad, menjadikan jumlah kes Covid-19 di Singapura kepada 59,113.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >