Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

BERITA

FairPrice akan serap kenaikan GST bagi 500 barangan keperluan

Skim diskaun berlangsung selama enam bulan pertama 2024
Nov 27, 2023 | 05:07 PM



Rangkaian pasar raya FairPrice akan menyerap kenaikan 1 peratusan mata dalam Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan datang bagi sebahagian barangan keperluan harian untuk enam bulan pertama 2024.

Ia merupakan usaha syarikat itu meringankan kesan kenaikan cukai GST terhadap pengguna.

Skim diskaun itu akan mengimbangi kenaikan cukai ke atas 500 barangan keperluan, termasuk beras, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta tisu tandas, lapor The Straits Times (ST).


Mengumumkan skim diskaun itu pada Isnin, Kumpulan FairPrice (FPG) berkata ia adalah sebahagian langkah “membantu rakyat Singapura dalam masa inflasi berpanjangan ini, yang menyebabkan kenaikan kos sara hidup yang tidak pernah berlaku sebelum ini”.

Berkuat kuasa 1 Januari 2024, kadar GST akan naik dari 8 ke 9 peratus. Ini adalah kenaikan GST kedua daripada kenaikan dua peringkat yang bermula pada 1 Januari 2023.

Kesemua barangan di bawah skim itu adalah barangan yang sering dibeli oleh pelanggan pasar raya itu, kata FPG.

Ia terdiri daripada barangan jenama nasional dan jenama FairPrice termasuk makanan segar, makanan ruji, tenusu, daging, produk kertas, sabun pencuci pakaian dan sabun serta alat pembersihan rumah.

Inisiatif itu ditawarkan di semua jenis pasar raya dan kedai FairPrice, termasuk pasar raya FairPrice, kedai FairPrice Shop, cawangan FairPrice Finest, pasar raya besar FairPrice Xtra dan FairPrice Online.

FPG, yang terdiri daripada FairPrice, Kopitiam, NTUC Foodfare dan NTUC Link, berkata ia juga akan meluaskan skim diskaun itu kepada pemegang kad Generasi Perintis dan Generasi Merdeka, serta pemilik kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) berwarna biru sehingga 31 Disember 2024.

Untuk menikmati skim diskaun itu, pelanggan yang layak perlu menunjukkan kad keanggotaan mereka kepada juruwang semasa transaksi membayar pembelian mereka.

Di kaunter bayaran layan diri, pelanggan mesti memilih diskaun kad yang berkaitan. Diskaun ini sah sehingga $200 setiap transaksi setiap hari.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FPG, Encik Vipul Chawla, berkata syarikat itu komited untuk “meringankan (kesan) kenaikan kos barangan keperluan harian, terutamanya bagi mereka yang lebih lemah dalam kalangan kita”.

Dalam kenyataannya, kumpulan itu berkata ia telah memberikan lebih $780 juta dalam bentuk diskaun, rebat dan derma sejak 2019.

Jumlah bantuan itu mencecah lebih $200 juta pada 2022. Ia menjangka jumlah bantuan yang sama pada 2023, tambahnya.

FPG telah memberikan diskaun apabila GST sebanyak 3 peratus diperkenalkan pada 1994 dan apabila GST dinaikkan daripada 5 kepada 7 peratus pada 2007.

Ia juga menawarkan diskaun selama enam bulan bagi sebahagian barangan keperluan apabila GST dinaikkan daripada 7 kepada 8 peratus pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >