Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Korban di negara-negara jarang terdengar seperti Fiji, Vanuatu, Albania, Togo

Fokus pada pelarian dan penduduk terjejas di 20 negara

Jun 16, 2023 | 05:31 AM



Dalam tempoh 15 tahun, syarikat BNiaga Pte Ltd, pengendali khidmat ibadah korban, akikah dan wakaf, telah menawarkan tiga khidmat itu di lebih 50 negara.

Tugas demikian telah juga mendedahkan mereka kepada budaya menunaikan ibadah korban di luar negara, sekali gus memberi peluang kepada orang ramai untuk terus membantu golongan yang memerlukan, meskipun di kalangan masyarakat penduduk yang berbeza.

Menurut pengarah BNiaga (Worldwide), Encik Muhammad Muhajjir Abdul Razak, BNiaga akan bekerjasama dengan rangkaian rakan kongsinya yang luas supaya mereka boleh mengagihkan daging korban serta menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung yang miskin dan tinggal di kawasan berlainan setiap tahun.

“Pihak kami akan terus berusaha untuk membantu warga yang susah di kampung yang berbeza setiap tahun.

“Sebagai contoh, apabila kami menjalankan ibadah korban di Zimbabwe, Afrika Selatan, kami akan mengagihkan daging korban kepada golongan yang memerlukan yang tinggal di kawasan kampung yang berlainan dari tahun sebelumnya.

“Dengan cara demikian, kami boleh membantu seramai mungkin penduduk miskin yang ada di kawasan tersebut dan memastikan tiada pembaziran daging korban pada setiap tahun,” jelas Encik Muhammad Muhajjir.

Syarikat BNiaga telah mengadakan khidmat ibadah korban di negara-negara yang kurang diketahui ramai dan mempunyai ramai warga daif seperti Fiji, Vanuatu, Albania dan Bosnia dan Herzegovina.

Sebahagian besar penduduk fakir miskin yang menerima daging korban yang ia uruskan merupakan orang Islam.

Bagaimanapun, jika ada golongan bukan Islam yang juga tinggal di kawasan itu, mereka juga berpeluang menerima daging korban demi mengamalkan semangat rahmatan lil alamin atau memupuk sifat ihsan antara mereka.

Jika sebelum ini, BNiaga (Worldwide) pernah melakukan khidmat ibadah korban di banyak negara hingga mencapai angka puluhan, namun tahun ini ia ingin memberi tumpuan kepada sekitar 20 negara saja.

Menurut Encik Muhammad Muhajjir, antara golongan yang paling memerlukan dan orang ramai boleh membantu dengan menunaikan ibadah korban tahun ini di tempat mereka, adalah pelarian Rohingya dan Syria serta penduduk di Yaman dan Palestin. 

Orang ramai juga boleh memilih untuk melakukan ibadah korban di Togo, India, Kemboja, Indonesia, Kenya, Malawi, Malaysia, Filipina, Uganda, Somalia, Thailand, Vietnam dan Zimbabwe.

Kesemua daging korban yang telah disembelih di negara-negara tersebut akan diagihkan kepada golongan asnaf fakir dan miskin, anak-anak yatim, mereka yang terjejas kerana peperangan, bencana alam, kemelesetan ekonomi, sakit, muallaf, madrasah dan lain-lain lagi.

Bagi peserta yang inginkan daging korban segar pula mereka boleh membuat tempahan khidmat ibadah korban di Australia di mana kambing korban akan disembelih di Australia dan dagingnya bakal dibungkus dengan rapi dan diterbangkan ke Singapura.

Walaupun menempuh pelbagai cabaran menguruskan ibadah korban, syarikat BNiaga terus cekal melakukan yang terbaik. Antara cabarannya adalah isu dari segi budaya, sistem logistik dan operasi tempatan yang berbeza.

“Kami pernah mengalami cabaran di mana, lori yang membawa tempat peti sejuk untuk menyimpan daging korban kami dicuri oleh pemandu semasa di Bangladesh. Mujurlah kami bekerjasama dengan Tentera Bangladesh yang membantu kami mencari lori itu dan membantu kami mengagihkan daging korban kepada penduduk kampung,” kata Encik Muhammad Muhajjir.

Biarpun telah melalui pelbagai rintangan sepanjang melaksanakan khidmat ibadah korban, peluang membantu golongan memerlukan telah memberi pasukan BNiaga kepuasan yang mendalam.

Selain mengagihkan daging korban kepada golongan fakir miskin, syarikat ini juga akan membantu penduduk kampung tersebut dalam aspek sokongan ekonomi menerusi pembelian barang-barang buatan tempatan dan khidmat pengurusan masyarakat setempat. BNiaga turut mempromosikan peluang untuk melakukan wakaf yang diperlukan oleh masyarakat tempatan seperti pam air atau telaga, rumah dan sebagainya.

Sebagai contoh, dalam pelaksanaan korban di sebuah kawasan di Indonesia, pembahagian daging korban menggunakan bekas bakul anyaman yang dihasilkan penduduknya sebagai ganti kepada bekas plastik. Ini merupakan satu perusahaan kecil untuk membantu meningkatkan pendapatan mereka.

Bagi anda yang berminat melaksanakan ibadah korban, akikah atau wakaf dengan syarikat BNiaga, layari laman web, BNiaga.com.sg untuk tempahan atau maklumat lanjut.

BNiaga Pte Ltd terletak di Kembangan Court di 5, Jalan Masjid, #01-08. Singapura 418924. Ia dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang, dan Sabtu hingga Ahad, 9 pagi hingga 3 petang. 
Anda juga boleh menelefon 8282-8237 atau 6278-7750 untuk mendapat keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >