Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

George Goh: Biar jawatankuasa pilihan raya nilai bakal calon Presiden

Jul 30, 2023 | 07:23 PM



Encik George Goh Ching Wah, yang berminat menyertai pilihan raya presiden, mahu masyarakat membiarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) menjalankan tugas menilai calon berpotensi, dan tidak memberi tekanan ke atas mereka.

Beliau berkata demikian sebagai repons kepada soalan yang diajukan kepadanya pada awal minggu berkenaan pilihan raya presiden akan datang berpotensi menjadi pertandingan dua penjuru antara mantan menteri kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song.

“Kita harus membiarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden menilai dengan adil situasi calon-calon. Kita tidak sepatutnya membiarkan faktor luar mempengaruhi mereka,” kata Encik Goh kepada media semasa melawat Pasar dan Pusat Makan Haig Road pada Ahad.

PEC terdiri daripada enam anggota, termasuk Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Mereka mempunyai kuasa menentukan sama ada calon berpotensi layak bertanding dalam pilihan raya itu.

Antara kriteria bagi orang daripada sektor swasta yang ingin bertanding ialah pernah mengendalikan syarikat dengan ekuiti pemegang saham berjumlah sekurang-kurangnya $500 juta semasa tiga tahun terakhir sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO).

Encik Goh mengendalikan sekumpulan syarikat dengan nilai kapitalisasi pasaran berjumlah $3.15 bilion.

Namun, beberapa pakar berkata klausa 4(b) Perkara 19 dalam Perlembagaan memberi sedikit kebebasan kepada PEC untuk menilai kesesuaian calon untuk bertanding sebagai Presiden di bawah apa yang dipanggil sebagai “laluan perundingan”.

Melalui laluan ini, jawatankuasa itu harus berpuas hati bahawa calon sektor swasta berpotensi mempunyai pengalaman dan kebolehan setanding dengan seseorang yang pernah berkhidmat sebagai CEO syarikat yang menguntungkan dengan ekuiti pemegang saham berjumlah sekurang-kurangnya $500 juta selama tiga tahun.

“Saya fikir PEC mempunyai tanggungjawab besar kerana ada dua calon pada masa ini yang akan menjalani laluan perundingan,” kata Encik Goh, merujuk kepada Encik Ng dan dirinya sendiri.

Permohonan Encik Ng adalah di bawah laluan perundingan sektor awam. Laluan ini adalah untuk mereka yang mengaku mempunyai pengalaman dan kebolehan setanding dengan orang yang layak secara automatik, dan boleh menjalankan fungsi dan tugas Presiden dengan berkesan.

Encik Goh, pengasas Harvey Norman Ossia, berkata mempunyai calon daripada sektor awam dan swasta swasta adalah sesuatu yang “sihat” dan menunjukkan Singapura berada di laluan kemajuan.

“Ini menunjukkan orang ramai mahukan perubahan, kita tidak boleh meneruskan sistem yang hanya mempunyai calon dari satu sektor sahaja,” katanya.

Beliau menambah bahawa negara harus menyambut baik calon yang layak, tanpa mengira sama ada mereka berasal dari sektor awam atau swasta.

Mengenai peluangnya berdasarkan interaksi dengan orang ramai sejauh ini, Encik Goh berkata: “Bagi saya, saya ingin memberikan 100 peratus usaha untuk memahami rakyat.”

Beliau menambah bahawa beliau ingin orang tahu tentang dirinya.

“Jadi, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menerangkan siapa saya dan mengapa saya menyokong pilihan raya ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >