Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

PERSATUAN DERMA AMANAH MUSLIMIN (MTFA)

Inspirasi kisah bekas penghuni Darul Ihsan

Jul 18, 2023 | 05:30 AM



Dalam kehidupan yang memerlukan daya tahan dan keazaman, perjalanan Encik Dzulkarnaen Zainul Abiddin menggambarkan kuasa transformasi jalinan kasih sayang, bimbingan dan masyarakat.

Melalui penjagaan ihsan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dan pemupukan persekitaran di Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, Encik Dzulkarnaen berjaya mengatasi pelbagai cabaran getir sehingga mencipta pengalaman sebagai individu berjaya.

Encik Dzulkarnaen dimasukkan ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan seawal usia tujuh tahun, selepas kematian ibunya pada 2003 akibat penyakit leukemia, dan bapanya pula menghembuskan nafas terakhir pada 2006 akibat barah paru-paru.

Selepas beberapa ketika tinggal di Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, beliau dibawa pulang dan dijaga oleh neneknya.

Namun, pada usia 11 tahun, pada 2008, beliau kembali ke Darul Ihsan.

Menurut Encik Dzulkarnaen, menyaksikan pengorbanan yang terpaksa dilakukan nenek untuk menjaganya membuat beliau memilih kembali ke Darul Ihsan kerana berasa langkah itu akan meringankan beban neneknya.

Berada di tengah-tengah kesukaran, Encik Dzulkarnaen berkata beliau berasa beruntung kerana memperolehi sokongan tidak berbelah bahagi daripada ahli keluarga terdekat yang lain.

“Semasa proses membesar, mak cik dan pak cik banyak menghulurkan bantuan, terutamanya ketika zaman remaja, yang dipenuhi dengan fasa pemberontakan. Mereka membimbing serta mengajar perbezaan antara perkara yang betul dengan yang salah.

“Walaupun banyak kesalahan yang telah saya lakukan, mereka tetap memastikan saya sentiasa mempunyai tempat untuk kembali,” kata Encik Dzulkarnaen yang terkesan dengan keutuhan kasih sayang dan sokongan keluarga.

Beliau berkata Rumah Anak Yatim Darul Ihsan bukan hanya sebuah rumah, malah menjadi tempat yang menyaksikan perkembangan beliau sejak usia muda lagi.

Pasukan berdedikasi di Rumah Anak Yatim Darul Ihsan membimbing perjalanan pembentukan peribadi, membantu beliau membuat keputusan tepat dan menanam kekuatan dalam dirinya supaya teguh menghadapi cabaran hidup.

Rumah perlindungan anak yatim itu turut menyediakan pelbagai kemahiran penting seperti pengajaran asas bahasa Inggeris, kemahiran pembentangan dan menulis.

Penyediaan pelbagai program tersebut memainkan peranan besar dalam membentuk keupayaan berkomunikasi Encik Dzulkarnaen dalam masyarakat.

Menjangkau usia 27 tahun pada tahun ini, Encik Dzulkarnaen yang bekerja sebagai pakar media, telah memanfaatkan kemahiran serta minat untuk mendukung impak positif dalam bidang yang diceburinya.

Kesungguhan dan keteguhan daya tahan yang dipamerkannya sejak awal hingga ke hari ini telah menjadi satu inspirasi kepada orang lain, sekali gus mengingatkan tentang kehebatan kuasa keihsanan dan kemasyarakatan.

Mengimbas kenangan 20 tahun bersama Darul Ihsan, Encik Dzulkarnaen turut melahirkan penghargaan mendalam, dan mengakui kesan berpanjangan dalam hidupnya disebabkan peluang dan sokongan yang diberi oleh rumah anak yatim itu.

Beliau berkata: “Saya berada pada tahap terendah dalam kehidupan sejak usia tujuh tahun. Bagaimanapun, saya berjaya mengatasi kesedihan yang sudah dianggap suatu kebiasaan dalam kehidupan.”

Kini, Encik Dzulkarnaen berada di landasan terbaik sebagai penghuni Ihsan Living iaitu daya usaha perintis di MTFA. Ihsan Living menyediakan peluang menetap di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berdekatan dengan bekas penghuni Darul Ihsan, yang dibenarkan pulang pada usia 18 tahun.

Program unik itu memastikan bekas penghuni memperolehi sokongan yang diperlukan, di samping berusaha untuk berdikari.

Dengan bimbingan karyawan terlatih dan kurikulum kemahiran hidup yang menyeluruh, daya usaha itu memudahkan peralihan kepada kehidupan berdikari sepenuhnya dan penyepaduan yang lebih baik ke dalam masyarakat.

Untuk menyokong dan menyumbang kepada usaha MTFA, anda boleh menderma secara digital di www.mtfa.org.

Penderma juga dialu-alukan ke pejabat MFTA di Nombor 5, Mattar Road, Singapura 387713 untuk menderma secara langsung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >