Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MASJID AR-RAUDHAH

Kembara ‘Bas Harmoni’ masjid menyisir kuil, gereja dan kelab masyarakat

Jul 28, 2023 | 05:31 AM



Bagi merapatkan lagi hubungan anggota masyarakat berbilang bangsa, Masjid Ar-Raudhah menganjurkan kembara ‘Bas Harmoni’ buat julung-julung kalinya sempena sambutan Hari Keharmonian Kaum pada 20 Julai lalu. Kembara itu bertemakan ‘Lita’arafu’, istilah bahasa Arab bermaksud ‘saling mengenali satu sama lain’.


“Sejak tiga tahun lalu, pada setiap Hari Keharmonian Kaum yang jatuh pada 21 Julai, Masjid Ar-Raudhah mengundang pemimpin dan kakitangan pelbagai tempat ibadat di kawasan kejiranan kami untuk sama-sama membaca ikrar keharmonian kaum di Masjid Ar-Raudhah. Tapi, pada tahun ini, kami mahu memahami budaya dan amalan agama anggota masyarakat lain dengan mengunjungi tempat ibadat mereka,” kata Pengerusi Eksekutif Kanan Masjid Ar-Raudhah, Ustaz Mohamed Ali Atan.

Seramai 30 pemimpin dan anggota akar umbi Kelab Masyarakat Bukit Batok dan Kelab Masyarakat Hillview bersama peserta daripada Gereja St Mary of the Angels, Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), SG Cares, kondominium Regent Height Condo, Hospital Masyarakat Ren Ci, Encik Wei Yi daripada Quan Zhen Society dan naib pengerusi, anggota Lembaga Pengurusan Masjid serta kakitangan Masjid Hussain Sulaiman, Al-Iman dan Ar-Raudhah turut serta dalam kembara bas tersebut.

Peserta ‘Bas Harmoni’ itu telah mengunjungi kuil Buddha Zu-Lin, Gereja St Mary of the Angels, Kelab Masyarakat Bukit Batok dan Kelab Masyarakat Hillview sebelum kembali ke Masjid Ar-Raudhah untuk membaca ikrar keharmonian kaum dan menjamu hidangan tengah hari di masjid itu.

Mengulas tentang tema kembara ‘Bas Harmoni’ tersebut, Ustaz Mohamed Ali berkata:

“Istilah ‘Lita’arafu’ yang bermaksud saling mengenali antara satu sama lain diambil daripada perkataan yang didapati dalam Surah Hujurat, ayat 13. Untuk saling memahami dan menghormati anggota masyarakat berbilang bangsa, kita mesti kenal satu sama lain bak pepatah bahasa Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’.”


Di samping itu, kehadiran mereka disambut mesra oleh Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai, di Kelab Masyarakat Bukit Batok, di mana Ustaz Mohamed Ali telah mempersembahkan sebuah lukisan khat Islamik yang memaparkan perkataan ‘Lita’arafu’ yang ditulis sendiri olehnya kepada Encik Murali.

Setiap peserta kembara ‘Bas Harmoni’ juga telah mendapat lukisan khat Islamik yang sama.

HIJRAH WALK

Selain itu, Masjid Ar-Raudhah juga bakal menganjurkan acara senaman berjalan pantas, Hijrah Walk. Peserta daripada Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Chua Chu Kang, SMC Hong Kah North, bersama Masjid Al-Khair, Masjid Al-Firdaus dan Masjid Pusara Aman serta pertubuhan seperti Perdaus dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) akan menyertai acara tersebut demi membina hubungan lebih kukuh dan memupuk rasa persatuan dan kebersamaan pada 5 Ogos ini.

Acara yang bakal disertai 500 orang itu akan bermula dari Masjid Ar-Raudhah hingga Kelab Masyarakat Hong Kah North. Peserta kemudian akan mengunjungi tempat tarikan awam, seperti Bird Paradise di kawasan Mandai.

CARA MEMBERI SUMBANGAN


1. PayNow: UEN S93MQ0024E. Selepas membuat sumbangan, sila WhatsApp ke talian 9461-4306.

2. Pemindahan ke dalam akaun semasa OCBC 501-806368-001.

3. Hantarkan cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Ar-Raudhah di alamat Ar-Raudhah Mosque, 30 Bukit Batok East Ave 2, Singapura 659919.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >