Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kera lotong dilihat buat julung kali di jambatan Eco-Link@BKE

Apr 25, 2024 | 05:57 PM



Lotong (Langur) telah dilihat buat julung kali di Eco-Link@BKE, satu petanda positif bahawa spesies kera itu – yang kini kebanyakannya ditemui di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah – mungkin menerokai kawasan hutan lain untuk mencari makanan dan pasangan.

Ia adalah satu pertanda menggalakkan bagi spesies itu, kata Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan pada 25 April, kerana ia bermakna jambatan penghubung di BKE itu digunakan untuk mengembangkan habitatnya dan meningkatkan peluangnya untuk terus hidup.

Kera berbulu hitam dan jalur putih itu dirakam pada 16 Oktober 2023 oleh perangkap kamera yang dipasang 10 meter di atas tanah pada pokok di Eco-Link@BKE.

Gambar-gambar itu diterbitkan dalam edisi April Nature in Singapore, lapor The Straits Times.


Dalam imej yang diambil pada 6.27 petang, kera jenis lotong berjalur Raffles itu dilihat duduk di atas dahan sambil melihat terus ke arah kamera. Video itu juga menunjukkan kera itu menggaru tubuhnya dan melihat sekeliling.

Ia bergegas ke tempat lain tidak sampai seminit kemudian, kata laporan itu.

Satu lagi penampakan lotong telah direkodkan di lokasi yang sama pada 19 Oktober 2023, tetapi penyelidik tidak dapat mengesahkan sama ada ia adalah haiwan sejenis yang direkodkan tiga hari sebelumnya.

Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata dalam catatan Facebook pada 25 April bahawa beliau telah melawat Eco-Link@BKE pada November 2023 untuk memperingati ulang tahun ke-10 pembinaan struktur itu, sejurus selepas penampakan kera tersebut.

Menyifatkan penampakan itu sebagai “berita yang sangat menggembirakan”, Encik Lee berkata: “Lotong berjalur Raffles di Singapura diketahui hanya hidup di Hutan Simpanan Tadahan Air Bahagian Tengah. Penampakan terakhir kera itu ialah di Hutan Simpanan Bukit Timah pada 1987.”

NParks pernah mencantas pokok di sepanjang pinggir Ekspreswe Seletar (SLE) pada Disember 2022 untuk mengelakkan lotong berjalur Raffles yang hampir pupus daripada dilanggar di jalan raya.

Ini berlaku selepas dua kera yang tinggal di pokok itu mati di kawasan itu dalam jarak kurang 24 jam pada 5 dan 6 Disember 2022, menyebabkan jumlah mereka semakin hampir di ambang kepupusan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan memberi gambaran bahawa lotong berjalur Raffles yang mati itu dipercayai cuba menyeberangi ekspreswe yang memisahkan bahagian hutan di kawasan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >