Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kereta kabel baru, futuristik pada 2024

Dec 04, 2023 | 06:33 PM



Anda dan keluarga tersayang berpeluang menaiki kereta kabel berwajah baru, moden dan futuristik di Singapura, sambil menikmati pemandangan menakjubkan mulai 2024.

Dengan pemandangan latar langit di sini dengan kilauan perhiasan Krismas pada 2024, Singapore Cable Car (SCC) bakal memperkenalkan kabin barunya.

Kabin baru itu akan berkhidmat bersama-sama kabin yang ada sekarang sempena sambutan ulang tahun SCC yang ke-50.

Menurut The Straits Times (ST), tujuh kabin NexGen berbentuk sfera itu akan kelihatan amat berbeza daripada kereta kabel yang ada kini di Singapura, malah di mana-mana sahaja di dunia.


Para penumpang akan memasuki kabin bercermin dan berwarna perak itu melalui dua pintu sorong pada kedua-dua sisi kabin, dan menikmati pemandangan indah melalui tingkap di depan kabin dan melalui kaca lut sinar di bahagian bawah kabin.

Tingkapnya yang boleh dibuka ke luar pula menambahkan peralihan udara secara semula jadi.

Pada waktu malam, pod futuristik itu akan dihiasi garisan lampu LED berwarna-warni dan memukau, dengan warnanya yang boleh diubah untuk meraikan hari istimewa.

Misalnya, ia akan menyalakan warna merah sempena Hari Kebangsaan.

Kabin baru itu akan berkhidmat di Laluan Mount Faber yang menghubungkan Mount Faber dengan Pulau Sentosa.

Kabin yang boleh memuatkan enam penumpang itu membolehkan anda menikmati pemandangan udara kawasan selatan Singapura yang menakjubkan pada ketinggian 100 meter di atas paras laut, bagi perjalanan ulang-alik sekitar 30 minit.

“Kabin NexGen ini akan menjadi kabin kereta kabel krom dan berbentuk sfera pertama di dunia yang memberi pengalaman mengasyikkan dan pemandangan menawan dengan wajahnya yang futuristik dan kaca lut sinar sepenuhnya di bahagian bawah,” kata Pengarah Urusan Mount Faber Leisure Group, Encik Buhdy Bok.

Syarikat tersebut mengendalikan SCC.

Projek menyiapkan kabin baru itu mengambil masa lima tahun, dengan perbincangan dengan pengeluar Switzerland CWA Constructions SA, yang bermula selepas ulang tahun ke-45 SCC.

Encik Bok berkata ini adalah masa sesuai untuk membangun kereta kabel generasi baru yang dapat “mengubah latar langit Singapura dan menghidupkan semula rasa cinta rakyat Singapura terhadap kereta kabel”.

Beliau menjelaskan idea reka bentuk kabin itu muncul dalam usaha syarikat itu menjadikannya lebih menarik. Kabin tersebut dibuat secara eksklusif untuk Singapura, tambahnya.

Menurut ST, lebih 60 juta penumpang telah menaiki kereta kabel di sini sejak 1974, dengan 80 peratus daripadanya adalah pelancong.


Peratusan penduduk tempatan yang menaiki kereta kabel meningkat sejak pandemik Covid-19, kata Encik Bok.

Beliau menjangkakan jumlah penumpang mencecah satu juta pada 2023.

Kabin NexGen itu akan diperlihatkan di Puncak Mount Faber pada Februari 2024 sempena ulang tahun ke-50 SCC. Namun, ia dijangka mula beroperasi pada akhir 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >