Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kes denggi mingguan kekal tinggi

Tempat biak nyamuk naik seganda pada Jan
Feb 15, 2024 | 04:41 PM



Bilangan tempat pembiakan nyamuk Aedes yang dikesan di premis kediaman meningkat seganda pada Januari 2024, berbanding Januari 2023.

Kes denggi mingguan kekal tinggi, dengan 515 kes dilaporkan pada minggu berakhir 10 Februari – lebih seganda berbanding kes mingguan yang dilaporkan pada Disember 2023.

Sehingga 14 Februari, lebih 2,600 kes denggi telah dilaporkan pada 2024, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 15 Februari.

Pada Januari sahaja, terdapat 2,025 kes, berbanding 1,016 pada bulan yang sama pada 2023.

Di rumah, bekas seperti baldi, pinggan dan dulang pasu bunga, dan bekas hiasan seperti pasu didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk, kata agensi itu.

NEA berkata ia menemui pembiakan di lopak tanah dan pada helaian kanvas di tapak pembinaan. Longkang dan bekas yang dibuang dianggap sebagai tempat pembiakan biasa di kawasan awam, menurut laporan The Straits Times.


Beberapa kes dengan pelbagai tempat pembiakan nyamuk yang ditemui termasuk kawasan perumahan dalam kelompok denggi di Boon Lay.

NEA menemui 174 kes pembiakan nyamuk pada Januari dengan 101 daripadanya ditemui di rumah.

Dalam satu kes pada Disember 2023, satu baldi mop mengandungi lebih daripada 900 jentik-jentik dan satu baldi lagi, lebih daripada 100 jentik-jentik.

Lebih tiga bulan selepas kluster denggi terbentuk di Boon Lay, agensi itu masih mengesan pembiakan nyamuk di sana.

Dalam kes lain, 90 kes pembiakan nyamuk ditemui di premis kediaman di kelompok denggi di Pasir Ris. Daripada jumlah ini, 62 ditemui di rumah.

Kedua-dua kelompok denggi di Boon Lay dan Pasir Ris bermula pada November 2023 dan masih aktif.

Agensi itu menggesa industri pembinaan supaya memainkan peranan untuk membendung penularan, dengan meletakkan sistem pengemasan yang baik, pengurusan sampah dan melakukan pemeriksaan dan rawatan kawalan serangga perosak secara rutin, untuk melindungi pekerja dan pelawat daripada penyakit itu.

NEA berkata semua pihak mesti memainkan peranan untuk menghentikan populasi nyamuk Aedes dan memutuskan rantaian jangkitan di premis mereka.

Ia boleh dilakukan dengan memecahkan tanah yang mengeras, mengosongkan alas pasu bunga, menterbalikkan baldi, menukar air dalam pasu dan memastikan talang atau longkang di bumbung sentiasa bersih.

Mereka juga dinasihatkan supaya meletak racun serangga jenis BTI di longkang bumbung, longkang atau pancutan air untuk membunuh jentik-jentik.

Agensi itu menasihatkan mereka yang disahkan menghidap atau disyaki dijangkiti denggi supaya mengelakkan gigitan nyamuk lagi.

Mereka mesti menggunakan penghalau serangga secara kerap dan menyembur racun serangga di sudut gelap di sekeliling rumah.

Orang ramai boleh menyemak laman web NEA untuk mendapat perkembangan perihal denggi, dan menggunakan aplikasi mudah alih myENV untuk mengetahui kawasan yang mempunyai kelompok denggi dan populasi nyamuk Aedes yang tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >