Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ketua staf tentera udara Indonesia buat lawatan pengenalan

May 15, 2024 | 4:34 PM
Ketua Marsyal Udara (ACM) Mohamad Tonny Harjono (kiri) mengadakan perbincangan bersama  Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada 15 Mei.
Ketua Marsyal Udara (ACM) Mohamad Tonny Harjono (kiri) mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada 15 Mei. - Foto Mindef

Ketua Staf Angkatan Udara Indonesia (TNI-AU) kini berada di Singapura untuk satu lawatan pengenalan, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 15 Mei.

Ketua Marsyal Udara (ACM) Mohamad Tonny Harjono mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, pada hari tersebut.

Dalam pertemuan itu, mereka menegaskan hubungan pertahanan erat dan lama terjalin antara Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan TNI-AU.

Mereka juga membincangkan usaha berterusan untuk meningkatkan kerjasama antara dua angkatan udara itu.

Sebagai sebahagian daripada lawatan dua hari bermula 14 Mei itu, ACM Tonny turut bertemu Panglima Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Laksamana Madya Aaron Beng, dan Panglima Angkatan Udara, Brigedier-Jeneral Kelvin Fan.

Mereka memeriksa kawalan kehormatan yang diadakan di Mindef.

Mindef berkata RSAF dan TNI-AU bekerjasama dan berinteraksi secara kerap melalui latihan seperti Elang Indopura, lawatan peringkat tinggi, pertukaran profesional dan kehadiran silang kursus profesional.

“Interaksi secara tetap ini telah meningkatkan hubungan rapat dan persefahaman bersama antara anggota dua angkatan tentera udara ini,” tambah Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg