Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kolej Pengkomputeran dan Sains Data NTU daftar pelajar mulai Ogos

Feb 19, 2024 | 06:48 PM



Para pelajar yang berminat dalam kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran dan sains data boleh mendaftar di kolej baru Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mulai tahun akademik baru pada Ogos.

Kolej Pengkomputeran dan Sains Data menyasarkan untuk menyediakan pelajar program ijazah berkaitan industri yang akan membolehkan mereka menjadi selesa dan fasih dalam AI, kata NTU dalam satu kenyataan pada 19 Februari.

Ia menambah bahawa kolej itu juga berharap dapat menggalakkan pembelajaran antara disiplin melalui kerjasama dengan kolej dan sekolah bukan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (bukan Stem) lain.

Lebih 4,800 pelajar dijangka mendaftar di kolej baru itu, yang akan menempatkan sembilan program prasiswazah dan lima program siswazah sedia ada di bawah Pusat Pengajian Sains Komputer dan Kejuruteraan NTU.

Semua modul AI baru, pengkomputeran dan berkaitan sains data dan program ijazah yang ditawarkan oleh kolej itu akan berada di bawah tiga bahagian akademiknya – AI, sains data dan pengkomputeran, kata NTU.

Ini termasuk Ijazah Sarjana Muda Sains dalam AI dan Kemasyarakatan yang baru diumumkan, program ijazah antara disiplin dalam AI yang membolehkan pelajar memilih elektif yang ditawarkan oleh kolej dan sekolah bukan Stem, termasuk Kolej Kemanusiaan, Seni dan Sains Sosial, dan Sekolah Perniagaan Nanyang.

Mengetuai kolej baru itu ialah dekan pengasas, Profesor Luke Ong, yang akan memegang peranan sebagai naib presiden AI dan ekonomi digital. Beliau akan melepaskan jawatannya sekarang sebagai naib presiden penyelidikan NTU pada 1 Mei, lapor akhbar The Straits Times (ST).


Presiden NTU, Encik Ho Teck Hua, berkata: “Memandangkan AI menjadi teknologi tujuan umum yang membentuk semula dunia kita, universiti seperti NTU mempunyai tanggungjawab mendidik pelajar supaya fasih dengan AI supaya mereka berkembang maju, dan membantu memastikan teknologi berkembang dengan cara yang betul untuk menjadikan dunia yang lebih baik.”

Kursus baru berkaitan industri seperti Sarjana Sains dalam AI dengan pengkhususan dalam AI generatif akan dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan dan latihan berterusan NTU.

Platform penyelidikan seperti Makmal AI Generatif dan Institut Pengkomputeran dan Kemasyarakatan juga akan diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama antara pengkomputeran dan disiplin lain, tambahnya.

Prof Ong, yang juga ketua saintis AI Singapura, satu program penyelidikan nasional, berkata: “Teknologi AI mungkin menimbulkan beberapa risiko dan cabaran, tetapi juga peluang apabila digunakan dengan betul”.

Selain NTU, Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura, Universiti Nasional Singapura (NUS); Institut Teknologi Singapura (SIT); dan Pendidikan Global Institut Pengurusan Singapura (SIM) melalui Universiti London, turut menawarkan kursus dalam AI.

SIT melancarkan Sarjana Muda Sains dalam AI Gunaan pada 2022, manakala NUS menjadikan AI sebagai kursus pengenalan wajib untuk semua pelajar sains komputer sebagai menjangkakan pertumbuhan teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >