Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

INSTITUT PENGAJIAN ISLAM PERGAS (IPIP)

Korban waktu dan tenaga demi dalami ilmu agama

Jun 23, 2023 | 05:30 AM



Tiada istilah terlambat bagi Cik Siti Noraliz Fatholmoein, 45 tahun, pelajar di Institut Pengajian Islam Pergas (IPIP), untuk meningkatkan pengetahuan dalam agama Islam.

Walaupun beliau sudah stabil dan berada dalam alam pekerjaan profesional, niat mendalami ilmu agama menjadi pencetus semangat kepadanya menyambung pembelajaran dalam asas agama dalam Program Takrif Islam (PTI) di IPIP.

PENGORBANAN SAMBUNG BELAJAR

Ketika memasuki usia pertengahan, Cik Siti Noraliz masih berpegang kuat kepada peri pentingnya pendidikan Islam dalam kehidupan sehingga beliau sanggup mengorbankan masanya demi mencapai matlamat pendidikan agama.

Beliau berkata: “Sebelum ini, saya berhadapan dengan kekangan keadaan, masa, pekerjaan, komitmen peribadi dan kewangan untuk memperkasa diri dalam ilmu pengajian Islam.

“Di samping menyedari kepentingan aspek keagamaan dalam kehidupan hari ini, saya kini mempunyai keupayaan menyempurnakan asas pengajian Islam yang sudah lama tertunda.

“Bergelar pelajar, saya perlu bersedia mengorbankan waktu menyendiri selepas kerja dan cuti hujung minggu bersama keluarga bagi mengikuti kelas seminggu sekali pada Jumaat.”

MAHU KE PERINGKAT SETERUSNYA

Cik Siti Noraliz turut meluahkan keterujaannya mempelajari pengajian asas Islam secara mingguan selama enam bulan di IPIP.

“Ketika mengikuti Program Takrif Islam (PTI) di IPIP bermula awal Januari lalu, saya sangat teruja untuk mula mempelajari pengajian Islam di sana. Lebih seronok lagi, suami saya turut serta dalam kelas PTI, selepas saya menghadiri kelas pertama.

“Penyertaan kelas pertama memberi motivasi dan kefahaman bahawa ia tidak mencukupi sekiranya saya tidak menyambung pengajian ke tahap seterusnya dengan mendalami ilmu pengajian seperti fikah, akidah dan sirah.

“Proses pembelajaran ini tiada hujungnya. Insya-Allah, saya akan meneruskan usaha pengajian Islam ini ke peringkat lebih tinggi bagi menyumbang pengetahuan dan kemahiran saya kepada ahli keluarga dan masyarakat,” ujarnya.


SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT UMUR

Menurut Cik Siti Noraliz lagi, pembelajaran yang disediakan di IPIP amat sesuai untuk semua pelajar pelbagai peringkat umur dan kelayakan.

“Peserta kelas saya terdiri daripada kumpulan lelaki dan perempuan dalam kalangan belia dan pertengahan umur. Penglibatan daripada mereka yang sudah mempunyai pengetahuan dan sebahagian yang sudah lama meninggalkan ilmu pengajian Islam telah membina pendidikan yang lebih interaktif dalam kelas tersebut.

“Dari sudut pembelajaran bersemuka dan secara dalam talian, ia bukanlah suatu masalah kerana para pelajar akan mendapat bimbingan daripada pihak pengurusan IPIP dan rakan sekelas yang celik teknologi. Oleh itu, kursus ini sesuai untuk semua peringkat umur, temasuk golongan yang sudah berusia,” katanya.

MAKLUMAT

Bagi mendapatkan maklumat lanjut:

– Lungsuri laman https://ipip.sg.

– Lungsuri media sosial Facebook: Institut Pengajian Islam Pergas & Instagram: @ipip_sg.

– E-mel: ipip@pergas.org.sg atau hubungi talian 6346-9351.

– Kunjungi IPIP yang terletak di 448 Changi Road, Wisma Indah #03-01, Singapura 419975.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >