Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

JALALUDDIN SERVICES PTE LTD

Ladang ternakan sendiri di Indonesia jadi sumber bekalan kambing korban

Jun 16, 2023 | 06:00 AM



Firma setempat, Jalaluddin Services Pte Ltd bakal menganjurkan projek ibadah korban di beberapa negara termasuk Indonesia, Vietnam, Kemboja, Palestin, Mesir dan kota Makkah. Projek murni ini sudah dilaksanakan sejak 2008 dan syarikat ini juga mempunyai ladang ternakan haiwan sendiri, sebesar lima hektar di Indonesia.

Menurut Pengarah Eksekutif Jalaluddin Services, Cik Noor Faizah Mustaffa, semua tugasan yang diterima oleh pasukannya akan digalas dengan penuh amanah, tulus dan tanggungjawab.


“Kami mempunyai ladang kambing sendiri. Dengan itu, mutu haiwan kami dijaga dengan rapi. Kebersihan ladang ini juga amat kami dititikberatkan. Makanan yang disediakan untuk haiwan ternakan ini dipastikan bersih dan berkhasiat. Kambing-kambing di ladang ini juga diperiksa dengan kerap oleh doctor haiwan berkelayakan demi memastikan ternakan ini dalam keadaan sihat dan tidak berpenyakit. 

“Dengan ramai pembekal korban yang baru berjinak-jinak dan menawarkan harga terlalu  rendah, kami khuatir jika pelaksanaannya nanti kurang telus dan amanah. Ada juga yang kami dengar kambing-kambing korban diagihkan kepada orang kampung yang miskin dan tidak  disembelih dahulu,” jelas Cik Noor Faizah.  

Selain itu, Jalaluddin Services juga menekankan bahawa semua tanggungjawab bagi program ibadah korban ini dijayakan dengan rapi. Segala urusan sebelum penyembelihan, dari awal hingga selesai segala urusan, akan dipantau dengan cermat serta teratur. Agihan untuk penerima daging korban ini juga turut diambil kira, agar lebih ramai warga yang memerlukan dapat menikmati daging tersebut.

“Di Jalaluddin Services, kami memastikan segala proses dari awal hingga akhir dipantau, supaya  amanah yang digendong ini dapat dijalankan dengan sebaiknya. Daripada pemilihan dan saiz kambing,  penyembelihan secara halal oleh tukang sembelih sehinggalah pengagihan daging korban ini, dijaga dengan sempurna. Kakitangan kami di semua negara yang terlibat telah dilatih secara profesional.  

“Kakitangan ibadah korban kami amat peka dengan penerima daging korban ini. Kami menyimpan senarai kampung yang pernah menerima daging korban kami. Sejauh  mungkin, kami akan memberi peluang kepada keluarga dari kampung pedalaman yang lain untuk menerima daging korban kami setiap tahun. Selain daging korban, setiap  penerima juga dibekalkan dengan barang dapur asas untuk masakan harian mereka. Ini adalah antara daya usaha tambahan yang diinfakkan oleh beberapa penderma tetap serta syarikat kami sendiri. Selain itu, ada segolongan anak-anak daripada pelbagai pesantren turut menerima daging korban ini serta  barangan asas lain untuk kegunaan harian mereka,” tambah Cik Noor Faizah lagi.  

Antara peserta yang kerap melakukan ibadah korban bersama Jalaluddin Services ialah Cik Faridah Taha. Beliau sudah melaksanakan ibadah korban sejak 2010 dan tidak berhenti sehingga hari ini. Cik Faridah, 65 tahun, turut mengusulkan ahli keluarga dan kenalan lain, agar turut melakukan perkara yang sama setiap tahun. Pada tahun lalu, beliau melaksanakan korban sebanyak 55 ekor kambing.  

“Bagi saya, harga untuk melakukan ibadah korban bukanlah satu hambatan. Tetapi sifat ikhlas dengan niat hati yang suci, lebih penting. Saya yakin dengan kelolaan dan khidmat yang diberikan oleh syarikat Jalaluddin Services ini. Kepercayaan dan amanah yang tinggi, sifat kekeluargaan yang utuh serta komited dan sistematik yang dipamerkan kepada kami, memang telah terbukti. Tiada perasaan was-was atau sangsi pun dalam diri saya sejak dulu lagi. Insya-Allah, saya akan terus melaksanakan ibadah korban bersama syarikat ini, selagi terdaya,” ujar pesara ini. 

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, sila lungsuri laman https://www.jalaluddinservicesqurban.com


Anda boleh menghubungi talian 6344-3669 atau 8776-9622.

Jalaluddin Services terletak di 448 Changi Road #01-01, Wisma Indah, Singapura 419975.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >