Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Langkah baru bantu industri tingkat pasaran sayur, ikan tempatan

Oct 25, 2023 | 02:36 PM



Satu inisiatif baru yang membolehkan industri di sini mengukuh permintaan dan bekalan akan dilaksanakan demi membantu restoran dan peruncit membeli hasil tempatan dengan lebih mudah.

Langkah ini juga bertujuan memberi petani tempatan gambaran lebih jelas terhadap permintaan yang diunjurkan.

Di bawah daya usaha ini, bekalan komersial sayur-sayuran dan ikan dari ladang dan penternakan tempatan akan dikumpulkan, diproses dan hasilnya diedarkan kepada pembeli seperti peruncit dan pertubuhan makanan dan minuman.

Langkah ini akan membantu mengurangkan isu permintaan dan bekalan yang berterusan yang telah melanda industri pertanian dan menyokong cita-cita Singapura untuk menghasilkan 30 peratus daripada keperluan khasiat tempatan menjelang 2030.

Persekutuan Perniagaan Agro-Makanan Singapura (Safef), sebuah pertubuhan tidak mengaup keuntungan terdiri daripada ladang-ladang tempatan, memeterai memorandum persefahaman pada Selasa (25 Okt) bersama pengedar makanan, At Fresh dan Persatuan Industri Makanan Laut Singapura, untuk sama-sama meningkatkan permintaan untuk sayur-sayuran dan makanan laut yang telah ditanam dan diternak secara tempatan, dan makanan yang diproses yang diperbuat daripada bahan-bahan tempatan.

Di bawah perjanjian itu, ketiga-tiga pihak akan mengumpul, memproses dan mengedarkan bekalan.

Perjanjian itu ditandatangani di majlis pembukaan rasmi ladang teknologi tinggi, Green Harvest di Neo Tiew Harvest Lane.

Dalam ucapannya di majlis itu, Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Koh Poh Koon, menjelaskan masalah yang dihadapi pengeluar dan pembeli seluruh perusahaan.

Dr Koh berkata, pengeluar seperti ladang tidak dapat menganggarkan permintaan pasaran masa depan dan harga produk mereka yang boleh dijual apabila ia sudah dituai. Justeru, mereka tidak dapat merancang jumlah sayur-sayuran untuk ditanam atau ikan untuk membiak lebih awal.

Sebaliknya, peruncit tidak dapat komitmen daripada pengeluar tentang kuantiti mencukupi dan mutu hasil segar untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka.

“Maka, terdapat pelbagai ketidakcekapan di pasaran dan ketidaktetuan bagi kededua pembeli dan pengeluar. Ini adalah masalah ayam dan telur. Kededua pihak sedang menunggu antara satu sama lain,” kata Dr Koh.

Inisiatif baru itu “membolehkan perjanjian pembelian jangka panjang untuk diberikan kepada pengeluar bagi kepastian permintaan dan harga di samping memastikan ketekalan bekalan hasil bermutu kepada peruncit,” katanya.

Mengulas lanjut tentang inisiatif itu, ketua pegawai eksekutif Safef, Encik Ken Cheong berkata, ia akan memudahkan pembeli untuk memenuhi keperluan bekalan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >